Talian hayat terakhir Pandela ke Paris

Talian hayat terakhir Pandelela ke Paris

PANDELELA Rinong masih atlet terbaik negaraa bagi acara 10 meter (m) platform individu wanita - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Akuatik Dunia kelmarin merupakan satu tamparan buat kem Malaysia.

Pandelela beraksi di bawah prestasi sebenar apabila sekadar mengutip 231.15 mata untuk berada di kedudukan ke-29 keseluruhan, sekali gus terkandas di pusingan pertama.

Kegagalan ini menyaksikan buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun, Malaysia tidak mempunyai wakil dalam acara 10m platform individu wanita di Sukan Olimpik sejak edisi 2000 Sydney.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada terkejut juga kerana selepas terjunan keempat, kita rasakan dia masih ada peluang lagi untuk layak. Saya dan jurulatih fikir mungkin dia tidak menemui rentak sebenar ketika melakukan pusingan, terutamanya di terjunan kelima,” jelas Pengarah Teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas.

Untuk rekod, Pandelela pernah beraksi dalam empat edisi Sukan Olimpik, dan telah menyumbang satu pingat gangsa ketika edisi 2012, serta pingat perak bersama Cheong Jun Hoong semasa Olimpik Rio 2016 dalam acara 10m platform seirama wanita.

Bagaimanapun dia masih mempunyai peluang terakhir untuk beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu Julai depan, apabila bakal turun beraksi dalam acara 10 meter (m) platform seirama bersama Nur Dhabitah Sabri pada hari ini.

Cabaran yang menanti buat Pandelela dan Dhabitah adalah mereka perlu berada dalam kelompok empat terbaik bagi raih slot automatik ke Paris.

“Untuk acara individu, secara matematik memang sudah tidak ada peluang untuk (Pandelela) melayakkan diri. Kita akan fokus pada acara seirama dan memang sudah ada dalam perancangan untuk dia dan Dhabitah.

“Pelaksanaan dengan keseragaman masih perlu diperbaiki kerana kita memang mahu sasarkan pada kutipan markah menerusi pergerakan yang segerak itu nanti,” tambahnya.

Setakat ini, hanya Betrand Rhodict Lises sahaja yang telah mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini