Bilik darjah SK Lahar Yooi terbakar - Utusan Malaysia

Bilik darjah SK Lahar Yooi terbakar

Keadaan bilik darjah di SK Lahar Yooi, Kepala Batas, di Pulau Pinang, yang terbakar awal pagi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Jalan Merbau Kudong di sini terbakar dalam kejadian kebakaran pagi tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Mohammad Fikhri Abdul Aziz berkata, ketika kejadian pada pukul 8.06 pagi semua murid-murid tiada di dalam bilik darjah kerana mereka mempunyai program di dewan sekolah.

“Kejadian disedari oleh tukang kebun sekolah yang ternampak kepulan asap dari bilik darjah tersebut sebelum semua murid ketika itu berada di dewan sekolah.

”Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian didapati kebakaran berlaku dalam bilik darjah (Kelas A), di mana ia melibatkan peralatan meja dan kerusi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kebakaran turut melibatkan struktur bangunan bilik darjah.

”Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 10 peratus, dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×