Fernandez, Umar perkuat Selangor FC

Fernandez, Umar perkuat Selangor FC

RONNIE FERNANDEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang Chile, Ronnie Fernandez bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaring gol terbanyak Liga Super Ayron del Valle untuk menguatkan serangan Selangor FC bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/2025.

Perkara itu disahkan oleh Selangor FC apabila mengumumkan kehadiran penyerang berusia 33 tahun itu di laman sosialnya.

Sepanjang mewakili pelbagai kelab seperti Wanderers (Chile), Al-Nasr SC (Emiriah Arab Bersatu) serta Bolivar (Bolivia), Fernandez telah menghasilkan 87 gol.

Fernandez juga merupakan seorang pemain yang dianggap sebagai ‘journeyman’ kerana dia telah mewakili dalam 10 kelab, sekali gus dilihat tidak menjadi masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan Red Giants.

Selain Fernandez, Selangor juga memperkuatkan pertahanannya dengan menandatangani pertahanan Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov.

Penyertaan Umarbek bersama Selangor sekali gus merealisasikan impiannya untuk beraksi di luar negara.

Umarbek atau lebih dikenali sebagai Umar diumumkan secara rasmi sebagai pemain import baharu Gergasi Merah.

Selangor menjadi kelab luar negara pertama yang disertai pemain berusia 31 tahun itu selepas 12 tahun beraksi di Uzbekistan.

“Sejujurnya, saya menyimpan hasrat untuk beraksi bersama kelab di luar negara sejak dari dulu lagi.

“Selangor FC kelab pertama saya memilih untuk melebarkan sayap dalam karier bola sepak setelah 12 tahun beraksi di Uzbekistan dan saya yakin dengan keputusan ini.

“Saya berharap pengalaman luas beraksi di peringkat antarabangsa, baik untuk kelab mahu pun untuk pasukan kebangsaan Uzbekistan akan membantu saya membawa Selangor FC mencapai kejayaan untuk musim ini,” kata bekas kapten FC Nasaf Qarshi itu.

Sementara itu, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe percaya pengalaman Umar bermain di Piala Asia dan Liga Juara-Juara akan menguatkan lagi barisan pertahanan selepas Gergasi Merah menghadapi kesukaran di bahagian itu musim lalu.

“Adanya dia bersama Selangor FC akan membantu menaikkan keyakinan pasukan untuk beraksi dalam ACL 2.

“Umar juga salah seorang kapten untuk kelab terdahulunya dan pasukan kebangsaan Uzbekistan. Saya berharap sikap kepemimpinannya akan membantu pasukan terutama pemain muda untuk beraksi dengan lebih matang,” jelas Cheng Hoe-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×