WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara menyasarkan 85 sasaran di Syria dan Iraq.
Ia sebagai tindak balas ke atas serangan dron ke atas pangkalan tentera AS yang mengorbankan tiga tentera.
Lapor BBC, menurut pegawai AS, pihaknya percaya serangan itu berjaya namun mereka masih menilai tahap kerosakan.
Jelas pegawai, tujuh lokasi diserang itu terdiri daripada empat di Syria dan tiga di Iraq.
Tujuh lokasi itu merangkumi 85 sasaran individu termasuk kumpulan yang dikaitkan dan disokong oleh Kor Pengawal Revolusi Iran.
AS sebelum ini menegaskan negaranya tidak berhasrat mencari konflik dengan Iran.
Menurut pegawai, serangan itu bertujuan merendahkan keupayaan ketenteraan dan menamatkan serangan ke atas pangkalan AS di rantau.
Tambahnya, AS menggunakan sebanyak 125 amunisi dalam tempoh lebih 30 minit.










