Elak jangkitan Covid-19, tidak boleh menjerit di taman tema - Utusan Malaysia

Elak jangkitan Covid-19, tidak boleh menjerit di taman tema

PENGUNJUNG taman tema tidak dibenarkan menjerit ketika menaiki permainan yang mencabar bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Taman tema yang terpaksa ditutup selama setahun akibat pandemik Covid-19, kini bakal beroperasi semula dengan garis panduan baharu iaitu melarang pengunjung daripada menjerit ketika menaiki permainan mencabar.

Peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan pelan pembukaan semula di bawah Persatuan Tarikan dan Taman California (CAPA) itu bertujuan mengekang penularan Covid-19.   

Lapor Metro, garis panduan itu menggesa semua taman tema termasuk Disneyland untuk melarang pengunjung menjerit ketika menaiki roller coaster atau permainan seumpamanya.   

CAPA juga mahu pengunjung memakai pelitup muka ketika menaiki permainan tersebut bagi mengelak daripada terkena rembesan cecair dari mulut dan hidung.

Persatuan itu juga menggesa taman tema untuk mengendalikan roller coaster pada kapasiti yang lebih rendah.

Bagaimanapun, taman tema yang bukan anggota CAPA akan dikecualikan daripada garis panduan tersebut.

Gabenor California, Gavin Newsom berkata, taman tema di negerinya bakal beroperasi semula pada 1 April depan.

Sebelum ini, Jepun turut melaksanakan peraturan sama iaitu melarang pengunjungnya menjerit ketika menaiki roller coaster.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×