Kes kanser melonjak 77 peratus menjelang 2050

Kes kanser melonjak 77 peratus menjelang 2050

PENCEMARAN udara menjadi faktor persekitaran utama peningkatan jumlah kes kanser global.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Bilangan kes kanser baharu akan meningkat kepada lebih 35 juta pada 2050, sekitar 77 peratus lebih tinggi daripada angka pada 2022.

Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser (IARC) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan tembakau, alkohol, obesiti dan pencemaran udara sebagai faktor utama yang mencetus peningkatan tersebut.

“Lebih 35 juta kes kanser baharu diramalkan akan didiagnosis pada 2050. Ini adalah peningkatan 77 peratus daripada 20 juta kes pada 2022.

“Beban kanser global yang berkembang pesat mencerminkan kedua-dua penuaan dan pertumbuhan populasi, serta perubahan kepada pendedahan orang ramai terhadap faktor risiko yang dikaitkan dengan pembangunan sosioekonomi.

“Tembakau, alkohol dan obesiti adalah faktor utama di sebalik peningkatan kejadian kanser, dengan pencemaran udara masih menjadi pemacu utama faktor risiko alam sekitar,” jelas WHO dalam satu kenyataan.

Negara paling maju dijangka mencatatkan peningkatan terbesar bilangan kes dengan tambahan 4.8 juta kes baharu diramal akan didiagnosis pada 2050 berbanding anggaran pada 2022.

Tetapi dari segi peratusan, negara yang berada pada tahap rendah dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyaksikan peningkatan berkadar yang paling besar sehingga 142 peratus.

Negara dalam julat sederhana pula dijangka mencatatkan peningkatan sekitar 99 peratus.

“Begitu juga kematian akibat kanser di negara-negara ini diunjurkan hampir dua kali ganda pada 2050,” kata WHO.

Ketua Cawangan Pengawasan Kanser IARC, Dr. Freddie Bray berkata, impak peningkatan itu tidak akan dirasai secara sama rata di seluruh negara yang mempunyai tahap HDI berbeza.

“Negara yang mempunyai sumber paling sedikit untuk menguruskan beban kanser mereka akan menanggung beban kanser global,” katanya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×