375 anggota keselamatan dikerah cari 130 tahanan Depot Bidor lari

375 anggota keselamatan dikerah cari 130 tahanan Depot Bidor lari

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih mengesan 130 tahanan yang melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor, Perak malam semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menjalankan operasi dengan kerjasama beberapa agensi lain bagi menangkap semula kesemua tahanan itu daripada 131 orang itu.

Bagaimanapun, katanya, seorang daripada tahanan itu disahkan meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya.

“Seramai 275 anggota pelbagai agensi seperti JIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dikerahkan sejak malam tadi untuk mengesan tahanan tersebut.

“Pada pagi ini, seramai 100 anggota yang terdiri daripada JIM dan PGA ditambah untuk meneruskan misi pengesanan tahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, pihaknya memohon jasa baik orang awam yang mempunyai maklumat terhadap tahanan yang melarikan diri ini untuk menghubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor (05-4348736) dan Balai Polis Bidor (05-4342222) selain Balai Polis Tapah (05-4011222). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×