Meneroka keunikan fotografi infra merah - Utusan Malaysia

Meneroka keunikan fotografi infra merah

Amru Shakir menggambarkan keindahan fotografi infrared dengan menghitung panjang gelombang 650 nm. Pilihan ini mencipta kegelapan dramatis pada pantulan air, sambil mengubah tona pokok untuk menghasilkan rona lebih mempersonakan. – Gambar AMRU SHAKIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fotografi infrared atau inframerah adalah cabang seni menarik perhatian ramai. Dalam dunia fotografi ini, filem atau sensor imej yang digunakan, sangat sensitif terhadap cahaya infrared.

Bahagian spektrum yang digunakan dipanggil near-infrared adalah untuk membezakannya daripada far-infrared yang merupakan sinar yang berada pada spektrum warna merah di antara spektrum Visible Light dan Microwave. FIR juga dikenali sebagai Sinar Inframerah Gelombang Panjang yang mampu memancarkan dan menyerap gelombang tenaga tertentu.

Eksplorasi Amru Shakir terhadap panjang gelombang 650 nm
di lokasi lain membawa hasil yang menarik. Pada saat ketika
pohon-pohon dan daun-daun berguguran, foto dirakam memperlihatkan tona monochrome dan ia membuktikan keberagaman dan keindahan dalam dunia infrared.

Far-infrared turut dikenali sebagai Sinar Inframerah Gelombang Panjang yang boleh memancarkan dan menyerap tenaga tertentu. Panjang gelombang yang digunakan untuk fotografi infrared adalah antara 700 nm hingga 900 nm.

Memuatkan artikel berkaitan…

Biasanya, filem juga peka terhadap cahaya tampak namun dengan menggunakan penapis inframerah, ia akan membenarkan cahaya infrared masuk ke dalam kamera, tetapi menapis sebahagian besar spektrum cahaya tampak (menjadikannya kelihatan hitam atau merah gelap).

Apabila penapis ini digunakan bersama-sama dengan filem atau sensor yang peka terhadap infrared, ia boleh memberikan kesan tertentu pada gambar yang dihasilkan kamera.

Dengan memilih panjang gelombang 600 nm, jurufoto mencipta kesan seperti salji pada gambar yang terhasil. Tona hijau yang seharusnya meliputi pokok berubah seperti lapisan salji, mencipta suasana yang unik.

Salah satu kesannya ialah tona warna unik yang juga dikenali sebagai Wood Effect. Ia merujuk kepada visual daun pokok dan rumput yang memantulkan cahaya infrared, serupa dengan cahaya dipantulkan oleh salji.

Ciri-ciri lain fotografi ini termasuklah langit yang lebih gelap yang disebabkan oleh penyebaran Rayleigh, yang berlaku akibat penyelerakkan elastik cahaya atau gelombang elektromagnet.

Fotografi infrared juga mampu menembusi beberapa milimeter ke dalam kulit dan memberikan penampilan yang agak gelap pada potret.

Fotografi ini bukan sahaja memberikan pandangan unik terhadap alam sekitar, tetapi turut membuka pintu kepada kreativiti dan keindahan yang tersembunyi dalam spektrum cahaya yang biasanya tidak kita lihat.

Dengan teknologi yang semakin canggih, kita mungkin dapat mengeksplorasi lebih banyak keajaiban di dunia fotografi ini pada masa depan.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Fotografi Dan Pengimejan Kreatif Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini