Antler umum pusingan pelaburan RM24.2 juta

Antler umum pusingan pelaburan RM24.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Firma modal teroka peringkat permulaan global, Antler,mengumumkan pusingan pelaburan pada peringkat awal terbesarnya setakat ini dengan komitmen sebanyak $5.1 juta (RM24.2 juta) kepada 37 syarikat pemula di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Antler dalam kenyataan memaklumkan, pelaburan itu juga menandakan jumlah tawaran tertinggi pada peringkat awal yang dilunaskan bagi seluruh rantau ini, sekali gus menunjukkan komitmen Antler dalam menyokong usahawan teknologi generasi baharu Asia Tenggara (SEA).

Kesemua portfolio syarikat pemula tersebut merangkumi 19 sektor daripada kecerdasan buatan (AI), teknologi kewangan (Fintech) untuk perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) – (B2B SaaS to fintech) serta penjagaan kesihatan bagi menangani masalah khusus dalam setiap rantau.

Pelaburan tersebut juga menandakan permulaan komitmen dan jejak kewujudan Antler di Malaysia sebagai sebahagian daripada perkongsian strategiknya bersama Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Pengasas Bersama dan Rakan Kongsi Pengurusan Asia Antler, Jussi Salovaara berkata, sebagai pelabur di pelbagai peringkat, pihaknya mengenal pasti potensi besar syarikat pemula peringkat awal di Asia Tenggara.

“Dalam fasa yang dinamik dan mencabar ini, kami tertarik dengan pelaburan pada peringkat permulaan terutamanya terhadap pemula dalam sektor AI vertikal dan industri 4.0 yang memfokus kepada menangani masalah mendalam dan berterusan serta merevolusikan kaedah model dan menterjemah data kepada produk yang nyata,” katanya.

Dalam pada itu, Rakan Bersekutu dan Pengurus Negara Antler Malaysia, Frank Kang berkata, dalam saat yang genting ini, Syarikat memberi tumpuan khusus untuk membantu pengasas mewujudkan dasar yang kukuh buat perniagaan yang mapan dan memupuk inovasi jangka panjang dalam ekosistem teknologi global yang lebih luas.

“Dengan pertandaan pusingan pertama pelaburan kami di Malaysia, kami teruja dengan potensinya. Kepelbagaian dan kaliber syarikat pemula menunjukkan peningkatan pengaruh negara ini sebagai pemain utama dalam landskap keusahawanan serantau.

“Dengan ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah melabur dalam tujuh syarikat permulaan daripada kohort Antler Malaysia termasuk Cleve, COEX, MessengerCo, PingMi, Seafoody, UniiD dan Zappy,” katanya.

Selain itu, kedudukan Antler sebagai penyokong terawal syarikat pemula secara tidak langsung membolehkan mereka mengenal pasti dan memacu aliran trend teknologi masa kini.

“Pelaburan mereka dalam pusingan ini menggariskan keyakinan dalam trend berikut, peralihan yang menjurus kepada AI vertikal – Gelombang kedua bagi pemula dalam AI dijangka berlaku pada tahun 2024 kerana AI terus berkembang dengan membawakan penyelesaian yang bersesuaian bagi industri tertentu,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×