Kempen Hello CBP 2024 tawar hadiah RM1.5 juta

Kempen Hello CBP 2024 tawar hadiah RM1.5 juta

BAHAROM Embi (tengah) bersama pemenang Kempen Hello CBP 2023 pada Majlis Pelancaran Kempen Hello CBP 2024 di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) melancarkan Kempen Hello CBP 2024 yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM1.5 juta bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2024.

Bercakap kepada media, Pengerusi CBP,  Datuk Baharom Embi berkata, kelainan Kempen Hello CBP 2024 kali ini adalah cabutan diadakan pada setiap suku iaitu pada Mac, Jun, September dan Disember.

Jelasnya, hadiah keseluruhan berjumlah RM1.5 juta itu adalah hadiah tertinggi pernah ditawarkan kepada pelanggan CBP.

“CBP amat menghargai segala sokongan yang diberikan oleh pelanggan dan mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kempen Hello CBP 2024, di sini semalam.

Menurut beliau,  Kempen Hello CBP 2024 itu memfokuskan kepada produk-produk runcit CBP.

Beliau berkata, pelanggan sedia ada atau pelanggan baharu melanggan produk seperti deposit, pembiayaan peribadi Al-Yasser, pembiayaan perumahan Al-Amali, pembiayaan Ar Rahnu dan Takaful Smartcare layak menyertai kempen ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

Beliau menambah, pelanggan terpilih berpeluang membawa pulang hadiah utama iaitu empat buah kereta Proton S70, empat buah Motosikal Suzuki Gixxer 250, pakej umrah dan pelbagai hadiah menarik yang diumumkan setiap suku tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, CBP juga akan melancarkan program lain pada suku pertama dan ketiga tahun ini selain Kempen Hello CBP.

“CBP akan melancarkan program lain Salam Biz pada suku pertama, manakala ‘hire purchase’ pada suku ketiga tahun ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai jangkaan dividen CBP tahun ini, beliau berkata, CBP mengharapkan dividen tahun ini melebihi 6.3 peratus pada tahun lepas yang dipacu oleh produk-produk yang ditawarkan oleh CBP.

“Jika tahun lepas CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.43 juta, maka tahun ini dijangka akan mencapai RM120.4 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×