Penat berdepan banjir gelombang keempat

Penat berdepan banjir gelombang keempat

DUA kanak-kanak berada di pekarangan rumah Mek Yam Ahmad di Kampung Bendang Perol To' Deh, Rantau Panjang, Kelantan yang dinaiki air, semalam. UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang warga emas dari Kampung Banggol Perol, To’ Deh di sini mengakui sudah penat untuk berdepan banjir gelombang keempat selepas kawasan rumahnya ditenggelami air sedalam 0.4 meter.

Bercakap kepada Utusan Malaysia. Mek Yam Ahmad, 80, berkata, jika hujan berterusan berkemungkinan besar terpaksa ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk berlindung.

“Jika berlaku, ini kali keempat saya ke PPS. Penatnya belum hilang lagi, rumah yang ditenggelami banjir sebelum ini belum dikemas sepenuhnya.

“Baru tiga minggu pulang ke rumah, banjir datang lagi,” katanya ketika ditemui semalam.

Mek Yam memberitahu, dia berharap banjir kali ini tidak seburuk yang berlaku semasa gelombang ketiga lalu.

Seorang lagi penduduk, Norihah Jusof, 49, turut meluahkan rasa penat selepas terpaksa berdepan dengan banjir berulang kali dalam tempoh yang singkat.

Katanya, ketika ini dia dan keluarga sudah mula berkemas serta bersiap sedia untuk berpindah jika paras air terus meningkat.

“Setiap kali berpindah ke PPS kami terpaksa meredah air banjir sejauh 500 meter untuk keluar ke jalan utama,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati Kampung Banggol Perol sudah ditenggelami banjir 0.5 meter berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×