Lebih RM350 juta transaksi penipuan disekat - ABM, AIBIM

Lebih RM350 juta transaksi penipuan disekat – ABM, AIBIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM351 juta transaksi penipuan berjaya disekat dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lalu, kata Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

Menurut kenyataan bersamanya, transaksi penipuan tersebut disekat oleh 13 bank ahli di bawah ABM dan AIBIM dari Januari hingga Oktober 2023 dan melindungi pelanggan daripada pelbagai jenis penipuan.

Pengerusi ABM, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, usaha bersepadu dalam mewujudkan persekitaran yang lebih berwaspada dan keupayaan untuk mengelakkan penipuan menandakan usaha kolektif persatuan dan bank ahli untuk mewujudkan persekitaran perbankan yang selamat.

Katanya, usaha ini membolehkan pelanggan mempercayai keselamatan transaksi kewangan mereka.

“Dengan kerjasama dan pematuhan kepada amalan terbaik industri, kami berhasrat untuk mengukuhkan asas ekosistem perbankan kami dengan menawarkan pelanggan hak ketenangan fikiran mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden AIBIM Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata, reaksi positif dari pelanggan telah membuktikan keberkesanan inisiatif kolektif persatuan.

“Langkah keselamatan yang dipertingkatkan dalam usaha pencegahan penipuan akhirnya membantu menyelamatkan sejumlah besar dana mereka dari ‘scammer’,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, pencapaian ini mencerminkan komitmen industri perbankan yang tinggi terhadap langkah pencegahan penipuan dengan pelancaran kempen kesedaran #JanganKenaScam industri perbankan baru-baru ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×