OCBC jangka KDNK kukuh pada 4.2% tahun ini

OCBC jangka KDNK kukuh pada 4.2% tahun ini

MALAYSIA jatuh tujuh tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: OCBC Bank Malaysia (OCBC) menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini kukuh pada 4.2 peratus, berbanding anggaran 3.8 peratus untuk 2023.

Ketua Ekonomi OCBC, Salena Ling berkata, pertumbuhan itu didorong oleh faktor permintaan domestik kian meningkat, terutama pertumbuhan penggunaan persendirian yang stabil dan perbelanjaan pelaburan lebih tinggi.

“Faktor itu disokong oleh agenda reformasi jangka pertengahan yang mantap,” katanya selepas Tinjauan Ekonomi Separuh Pertama 2024, di sini, semalam.

Jelasnya, pertumbuhan penggunaan persendirian tidak menentu sejak permulaan pandemik selepas mengalami tempoh kadar pertumbuhan yang agak stabil sebanyak tujuh peratus dari tahun 2010 hingga 2019.

Menurutnya, bukti berasaskan pemerhatian menunjukkan bahawa lembaran imbangan isi rumah terjejas teruk akibat pandemik dan tahap simpanan juga terjejas.

“OCBC menjangkakan pertumbuhan penggunaan persendirian kembali normal, walaupun kadarnya lebih rendah berbanding paras sebelum pandemik pada tahun ini,” katanya.

Tambah Salena, sektor pelancongan juga antara yang mendorong kepada pertumbuhan KDNK terutamanya dari negara China.

Sementara itu, beliau menjangkakan ringgit mengukuh menjelang akhir tahun ini antara 4.45 hingga 4.58 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang didorong oleh kestabilan ekonomi negara China.

Dalam pada itu, Salena berkata, pangkalan data Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)  yang diperkenalkan kerajaan merupakan langkah awal kepada pelaksanaan mekanisme subsidi minyak bersasar.

“OCBC meramalkan harga minyak Brent untuk kekal stabil secara umum pada AS$80 (RM378.08) setong pada 2024 berbanding AS$82 (RM387.54) setong pada 2023 yang menyokong hasil daripada komoditi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan meramalkan defisit fiskal untuk menyusut kepada 4.3 peratus daripada KDNK berbanding 5.0 peratus pada 2023.

“Kami berpendapat sasaran itu dapat dicapai kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan ini akan meningkatkan daya tahan ekonomi dan mengukuhkan sentimen pelabur,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×