Guan Eng, Tommy Thomas tidak patut lepaskan akaun taikun hartanah - Utusan Malaysia

Guan Eng, Tommy Thomas tidak patut lepaskan akaun taikun hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Arahan pelepasan akaun milik seorang taikun hartanah yang dikaitkan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Mei tahun lalu tidak sepatutnya berlaku.

Lebih mengejutkan arahan daripada Guan Eng itu dipenuhi oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam masa dua minggu sahaja sedangkan empat akaun itu dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Akti­viti Haram (AMLA) 2001.

Menurut sumber, pada ketika itu, Thomas mengakui diberi­tahu oleh pasukan penyiasat bahawa sebahagian besar wang berkenaan bernilai kira-kira RM4 juta tidak lagi ditemukan dalam salah satu akaun bank yang dikatakan menerima dana itu.

“Apa yang menjadi persoalan sehingga kini, apakah kepen­tingan Guan Eng dalam isu ber­kenaan. Tindakan itu tidak me­lalui prosedur yang betul.

“Tambahan pula, sebarang permintaan untuk melepaskan akaun yang dibekukan mesti dibuat menerusi peguam pihak yang disiasat itu. Apabila ia dibuat oleh seorang menteri, bukan sahaja menyebabkan konflik kepentingan tetapi perbuatan mendedahkan butiran sulit penyiasatan kepada ahli politik adalah salah,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Pembekuan akaun bank itu dibuat oleh SPRM selepas mendapati bayaran berjumlah RM4 juta dalam 21 keping cek daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB milik ahli perniagaan itu.

Sumber memberitahu, kredibiliti Tommy ketika itu boleh dipertikaikan dan dianggap tidak bertanggungjawab.

“Macam mana seorang peguam negara perlu menjawab panjang lebar kepada seorang menteri.

“Pelepasan akaun itu seolah-olah berasas kepada tekanan daripada menteri ber­kenaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Mingguan Malaysia enggan mengulas mengenai perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×