Dr. Mahathir mahu SD dakwa Anwar ada RM3 bilion disiasat

Dr. Mahathir mahu SD dakwa Anwar ada RM3 bilion disiasat

mahathir
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tidak melakukan siasatan terhadap akaun berkanun (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM) pada 1999.

Dr Mahathir berkata, kira-kira 24 tahun lalu, Murad Khalid mendakwa Anwar Ibrahim ketika itu memiliki RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank.

“Murad menyatakan Anwar mempunyai RM3 bilion menerusi SD di dalam lebih 20 akaun induk. Ia dinyatakan secara terperinci dalam SD itu. Saya nak tahu kenapa tak siasat,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau mahu SD oleh Murad itu diteliti semula dan siasatan lanjut mesti dilakukan.

Murad meletak jawatan sebagai Penolong Gabenor BNM pada 1 Februari 1999.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, beliau menggesa pemimpin dunia luar supaya tidak datang ke Malaysia untuk berurusan dengan kerajaan hari ini kerana ia ditadbir oleh mereka yang melakukan pendakwaan terpilih.

“Saya nak beritahu seluruh dunia, supaya jangan datang ke Malaysia kerana ada rejim baharu memerintah.

“Rakyat sedang disiasat, kecuali mereka yang menyokong kerajaan. Orang yang tak sebulu dengan perdana menteri kena siasat, orang yang sokong perdana menteri walaupuan ada 47 kes mahkamah, ditarikh balik kes. Inilah Malaysia,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×