Kerajaan tawar Bantuan Kewangan Haji RM,1000 kepada jemaah B40

Kerajaan tawar Bantuan Kewangan Haji RM1,000 kepada jemaah B40

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerajaan menawarkan bantuan kewangan tambahan RM1,000 kepada jemaah haji muasassah B40 bagi musim haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, bantuan kewangan secara bersasar itu telah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini bermakna jemaah haji muassasah B40 hanya perlu membayar kos sebanyak RM12,356.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepertimana kita sedia maklum, kos menunaikan haji mengalami peningkatan setiap tahun khususnya kos-kos yang perlu ditanggung di Arab Saudi. 

“Bagi musim haji 2024, kos keseluruhan bagi seorang jemaah haji adalah RM33,300, iaitu peningkatan lapan peratus berbanding RM30,850 tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) Kali Kedua di Pusat Konvensyen Movenpick di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini