DBKL serbu peniaga asing Jalan Alor 

DBKL serbu peniaga asing Jalan Alor 

Penguatkuasa DBKL menyita premis makanan atas kesalahan meletakkan barangan dan peralatan di tempat awam dalam operasi di Jalan Alor, Kuala Lumpur semalam. -FB DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menggempur lokasi panas peniaga warga asing yang masih berdegil menjalankan perniagaan di sekitar di Jalan Alor, Bukit Bintang dekat sini, semalam.

Operasi pukul 6.30 petang itu membabitkan Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama pejabat DBKL cawangan Bukit Bintang dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan khas itu dilaksanakan untuk pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan termasuk penjaja makanan, minuman, aksesori, pakaian dan lain-lain aktiviti perniagaan.

“Antara kesalahan dilakukan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.

“Melalui tindakan khas dijalankan, DBKL membuat 15 tindakan sita membabitkan dua kes pemilik premis makanan atas kesalahan meletakkan barangan dan peralatan di tempat awam, sembilan kes warganegara menjaja tanpa lesen serta empat kes penjaja warga asing tanpa lesen,” katanya hari ini.

Menurutnya, kesemua tindakan sita itu diambil mengikut peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Tambah kenyataan itu, pihaknya turut mengeluarkan satu notis penguatkuasaan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, dua notis kompaun penjaja tanpa lesen dan dua notis kompaun atas kesalahan melantik pembantu gerai warga asing mengikut UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Barangan dan peralatan disita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×