KUSKOP salur RM50 juta bantu PKS terjejas banjir

KUSKOP salur RM50 juta bantu PKS terjejas banjir

RAMANAN RAMAKRISHNAN melihat antara produk-produk keluaran koperasi ketika melawat Ibu Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bukit Damansara di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Rusli Jaafar (dua kanan). - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan peruntukan pembiayaan RM50 juta bagi peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas banjir.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, setakat ini peruntukan telah disalurkan kepada 15,000 peniaga.

“Kami telah memberikan RM3,000 kepada setiap peniaga PKS terjejas.

“Kami juga menyediakan bantuan secara berterusan dan kerajaan (beri bantuan) bukan hari ini sahaja namun, akan membantu sekiranya ada yang terjejas lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi lawatan ke Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Rusli Jaafar berkata, pihaknya telah menerima  permohonan daripada 36 koperasi yang terjejas banjir dan jumlah keseluruhan adalah RM600,000 bagi Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK).

Katanya, ia melalui peruntukan sebanyak RM2 juta bagi TBKK.

“Kini, kita dalam proses meluluskan 36 permohonan koperasi yang terjejas banjir pada 2024 dan maksimum bantuan adalah sebanyak RM30,000 bagi setiap koperasi.

“Ia melibatkan 14 koperasi di Terengganu, Kelantan (7), Pahang (10) dan lima koperasi di Johor dalam sektor pertanian yang terjejas termasuk tanaman nanas, tebu serta ternakan ikan,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×