AFFINWRKFZ tawar penyelesaian pembayaran gaji

AFFINWRKFZ tawar penyelesaian pembayaran gaji

DARI kiri: Pengarah Eksekutif, Perbankan Perusahaan Kumpulan, Lim Kee Yeong; Mohammad Fairuz Mohd Radi; Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Islamic Bank Berhad, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin dan Pengarah Eksekutif, Perbankan Korporat Kumpulan, Hanif Mohd Yusof semasa pelancaran AFFINWRKFZ di Menara Affin, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. - UTUSAN/M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Affin Group (Affin) memperkenalkan AFFINWRKFZ (disebut Affin Workforce), penyelesaian pembayaran gaji baharu yang mengintegrasi produk-produk dalam Kumpulan meliputi pekerja, majikan dan perniagaan.

Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti Kumpulan, Fairuz Radi berkata, inisiatif itu mengukuhkan cadangan nilai bank untuk individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), komersial dan pelanggan korporat.

“Sehingga 23 November 2023, kami telah mendaftarkan kira-kira 80,000 syarikat yang terdiri daripada pelanggan korporat dan komersial dan PKS dengan 53 peratus mendaftar dalam AFFINMAX, iaitu platform perbankan internet korporat kami.

“Walau bagaimanapun, kurang lima peratus daripada pelanggan kami maksimum penggunaan perkhidmatan gaji kami.

“Oleh itu, ini akan menjadi peluang dan potensi bagi kami untuk menukar pelanggan AFFINMAX kami untuk menggunakan penyelesaian pembayaran gaji kami,” katanya pada majlis pengenalan tersebut di Menara Affin, di sini semalam.

Sementara itu, Fairuz berkata, pihaknya menyasarkan segmen pelanggan termasuk pemilik perniagaan dengan produk gaya hidup eksklusif, memanfaatkan platform perbankan internet korporatnya di AFFINMAX.

Selain itu, beliau bank juga memberi fokus untuk mengetengahkan kepada pemilik syarikat, menawarkan kepada mereka alat digital (SME Colony) untuk pertumbuhan perniagaan dan keperluan pendigitalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×