SBH Marine dapat kelulusan penyenaraian di Pasaran ACE

SBH Marine dapat kelulusan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Securities

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SBH Marine Holdings Berhad (SBH) telah mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Securities.

Sempena penyenaraiannya, SBH akan melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) melibatkan terbitan awam 180,000,000 saham biasa baharu (Saham Terbitan Awam) dan tawaran untuk penjualan 50,000,000 saham biasa sedia ada.

Menurut SBH, daripada 180,000,000 Saham Terbitan Awam, sebanyak 45,000,000 saham akan disediakan kepada orang awam Malaysia melalui pengundian; manakala 36,000,000 saham disediakan kepada pengarah, pekerja dan individu berkelayakan yang telah menyumbang kepada kejayaan SBH dan anak syarikatnya (Kumpulan SBH).

Selain itu katanya, sebanyak 61,000,000 saham disediakan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) manakala baki 38,000,000 saham akan diperuntukkan melalui penempatan peribadi kepada terpilih pelabur.

“Sebanyak 50,000,000 saham lagi akan disediakan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan SBH terlibat terutamanya dalam pemprosesan dan penjualan makanan laut sejuk beku dengan tumpuan kepada udang dan `cephalopods’ seperti sotong. Kilang pemprosesannya yang sedia ada di Kuala Kurau, Perak mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 4,800 tan.

Kumpulan SBH juga menternak udang harimau hitam dan udang putih dari ladang akuakultur sedia ada terletak di Kuala Kurau dan Selinsing, Perak. Produk Kumpulan SBH kebanyakannya dieksport ke luar negara termasuk Eropah, Asia Tengah dan Asia.

Mengulas perkembangan itu, Pengarah Urusan Kumpulan SBH, Tan Boo Nam berkata, ia menandakan peristiwa penting dalam perjalanan korporat Kumpulan untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pakar makanan laut beku bersepadu yang diiktiraf.

“Hasil daripada IPO akan memudahkan kami pengembangan perniagaan dengan membiayai pembangunan berterusan ladang Selinsing serta untuk pembinaan kilang pemprosesan makanan laut baharu di Kuala Kurau, Perak. Semuanya dijangka memenuhi keperluan pertumbuhan permintaan global mampan untuk makanan laut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×