Ringgit lanjutkan aliran negatif

Ringgit lanjutkan aliran negatif

RINGGIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit melanjutkan aliran negatif pada hari ini berbanding dolar AS, dengan sentimen terus `terkekang’ oleh jangkaan bahawa berkemungkinan besar kadar faedah yang lebih tinggi untuk jangka panjang.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.6420/6480 berbanding dolar AS, daripada penutup semalam pada 4.6330/6370.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, harapan untuk pengurangan kadar berlaku dalam tempoh terdekat kelihatan pudar selepas laporan ADP Employment Change menunjukkan pasaran buruh AS masih berdaya tahan.

Ia berikutan jumlah pekerjaan yang diwujudkan dalam sektor swasta meningkat sebanyak 164,000 pada Disember berbanding jangkaan pasaran sebanyak 115,000.

Sementara itu, tuntutan pengangguran awal turun kepada 202,000 minggu lepas, daripada 220,000 sebelumnya.

Data itu kemudiannya meningkatkan Perbendaharaan AS dua tahun, yang menghasilkan lebih tinggi sebanyak enam mata asas untuk ditutup pada 4.385. Hasil 10 tahun pula meningkat lapan mata asas untuk ditutup pada 4 peratus.

“Oleh itu, ringgit boleh kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS antara 4.63 hingga 4.64, kerana peserta pasaran mahu menunggu senarai gaji bukan ladang terkini dan laporan kadar pengangguran malam ini (Jumaat),” katanya menurut laporan itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit bertambah baik berbanding pound sterling kepada 5.8907/8983 daripada 5.8964/9015 penutup semalam, dan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2054/2097 daripada 3.2185/2215.

Mata wang tempatan itu bagaimanapun susut berbanding euro kepada 5.0835/0900 daripada 5.0634/0694.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4921/4968 daripada 3.4903/4936, dan susut nilai berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.37 daripada 8.33/8.34.

Ringgit lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 299.6/300.1 daripada 299.0/299.4, namun ia meningkat berbanding baht Thailand pada 13.4236/4487 daripada 13.4500/4687. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×