Perlu 10 tahun bangunkan semula Gaza - Utusan Malaysia

Perlu 10 tahun bangunkan semula Gaza

Kemusnahan infrastruktur dan kediaman di Semenanjung Gaza yang kini mencapai 75 peratus dan mungkin akan mengambil masa sehingga 10 tahun untuk membangunkan semula. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemusnahan infrastruktur di Semenanjung Gaza yang kini mencapai 75 pe­ratus mungkin akan mengambil masa 10 tahun untuk dibangun dan didiami semula.

Kerakusan rejim Zionis me­lancarkan serangan bom bertali arus sejak 7 Oktober tahun lalu terhadap kediaman, hospital, sekolah, masjid, gereja, universiti, kemudahan awam, bangunan kerajaan bahkan tanah pertanian menyebabkan Gaza kini seperti padang jarak, padang tekukur.

Sehingga semalam, sebanyak 355,000 separa kediaman musnah dibedil tentera Israel de­ngan lebih 67,000 lagi musnah sepenuhnya. Jumlah itu me­rangkumi 70 peratus daripada keseluruhan unit kediaman di wilayah bergolak tersebut.

Pada masa sama, dianggarkan 88 peratus daripada ba­ngunan sekolah dan universiti di Gaza turut terjejas merangkumi sebanyak 385 daripada infrastuktur tersebut mengalami kerosakan teruk dengan 93 lagi musnah sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, lebih 126 bangunan kerajaan dan kemudahan awam, masjid (120), ge­reja (3), kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (180), fasiliti perindustrian (1,592) dan lebih 11,120 ekar ta­nah pertanian turut mengalami kemusnahan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shammala berkata, beliau menjangkakan pembangunan semula Gaza mengambil masa sehingga 10 tahun bergantung kepada intervensi dan respon negara Islam untuk menghulurkan bantuan.

Pada masa sama, beliau berkata, Israel juga perlu diberi tekanan untuk menarik balik sekatan dikenakan terhadap Gaza supaya akses kepada semua keperluan pembangunan dapat diberikan.

“Kita perlu tahu bahawa kemusnahan dibawa Israel amat teruk, hampir 75 peratus infrastruktur di Gaza musnah, jalan raya dibedil. Tidak ada yang terkecuali termasuk hospital, sekolah, universiti, kediaman dan sebagainya.

“Bagaimanapun, rakyat Pa­lestin di Gaza kebanyakannya adalah mereka yang mahir membina namun bantuan seperti jentera, mesin dan bahan pembinaan amat diperlukan daripada negara Islam dan lain-lain untuk membangunkannya semula,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×