Khazanah melabur dalam Funding Societies

Khazanah melabur dalam Funding Societies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan CGC Digital Sdn Bhd (CGC Digital) melabur dalam platform kewangan digital perusahaan kecil dan sederhana bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara, Funding Societies | Modalku (Funding Societies).

Pelaburan tersebut  untuk meluaskan akses bagi perniagaan yang tidak dan kurang mendapat perkhidmatan pembiayaan.

Funding Societies adalah sebuah syarikat teknologi kewangan (FinTech) serantau yang menyediakan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutamanya perniagaan mikro dan kecil yang tidak mendapat perkhidmatan daripada institusi kewangan sedia ada.

Sejak penubuhannya, Funding Societies telah menyalurkan lebih AS$3.5 bilion (RM16 bilion) dalam bentuk pembiayaan perniagaan melalui lima juta transaksi dan memberi impak positif kepada lebih daripada 100,000 perniagaan merentasi lima pasaran di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Dalam konteks Malaysia, Funding Societies bermatlamat untuk menangani jurang pembiayaan RM90 bilion (AS$19 bilion) bagi PMKS.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, pelaburan dalam Funding Societies mencerminkan komitmennya untuk menggalakkan keterangkuman kewangan dan mengecilkan jurang pembiayaan, terutamanya dalam komuniti PMKS.

Katanya, sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia dan menyumbang kepada hampir separuh pekerjaan dalam negara, peranan PMKS adalah penting.

“Namun pada masa yang sama, PMKS berdepan cabaran mendapatkan perkhidmatan pembiayaan.

“Oleh itu, pelaburan ini selari dengan misi kami untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan pertumbuhan sosioekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, dengan menyokong platform inovatif seperti Funding Societies bersama CGC Digital, Khazanah berhasrat untuk memberdayakan komuniti PMKS, membuka peluang

baharu untuk mendorong kemajuan negara selaras dengan visi Ekonomi Madani untuk meningkatkan manfaat sosioekonomi untuk semua.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×