Imperial Lexis  Kuala Lumpur bakal dilancarkan

Imperial Lexis  Kuala Lumpur bakal dilancarkan

TIU KWE YEE (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah sempena perayaan malam tahun baharu dalam Karnival Countdown Neon Circus semalam. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Lexis Hotel Group bakal melancarkan sebuah hotel baharu dikenali Imperial Lexis Kuala Lumpur awal tahun ini.

Presiden Lexis Hotel Group, Datuk Prof. Mandy Chew Siok Cheng berkata, hotel ini memiliki pemandangan kota bandaraya Kuala Lumpur.

“Jangan lupa sertai kami dalam menyambut tahun baharu ini dengan bergaya dan mewah di hotel Imperial Lexis Kuala Lumpur dijangka akan dirasmikan awal tahun ini.

“Ini merupakan hotel diba­wah Lexis Hotel Group yang kelima selepas Lexis Hibiscus Port Dickson, Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Suites Penang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadir dalam program tersebut, Timbalan Presiden Kanan Servis Korporat Lexis Hotel Group, Tiu Kee Yee.

Lexis Hibiscus Port Dickson meraikan lebih 2,000 tetamu sempena sambutan malam tahun baharu dalam Karnival Countdown Neon Circus semalam.

“Terdapat pelbagai acara diadakan termasuk hiburan, mini zoo, permainan serta cabutan bertuah.

“Sambutan karnival diadakan kali kedua ini amat meriah dengan kehadiran tetamu yang menginap di hotel kami,” katanya.

Karnival Countdown Neon Circus ini turut diserikan dengan persembahan band sempena sambutan ambang tahun baharu 2024.

Selain acara menarik, pelanggan juga disajikan makan malam Bbq antarabangsa bagi tetamu karnival.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×