OCBC, Maybank, Rhb tawar bantuan mangsa banjir

OCBC, Maybank, Rhb tawar bantuan mangsa banjir

OCBC Bank antara institusi kewangan di negara ini yang menawarkan bantuan kepada mangsa banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi kewangan dalam negara mengambil langkah proaktif dengan menawarkan bantuan kecemasan termasuk moratorium kepada pelanggan-pelanggan mereka yang terjejas akibat banjir.

Antara bank yang tampil menawarkan bantuan ialah OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank), Maybank dan RHB Banking Group (RHB).

OCBC Bank bersama anak syarikat perbankan Islam, OCBC Al-Amin Bank Berhad dalam kenyataannya menawarkan sokongan kepada semua pelanggan yang terjejas akibat banjir untuk mendapatkan bantuan atau menyusun semula pinjaman atau skim pembiayaan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Chor Sen berkata, OCBC Malaysia sentiasa berusaha menyokong setiap pelanggan yang terkesan dengan bencana banjir dan menyeru agar kekal positif dalam situasi yang mencabar ini.

“Pelanggan individu boleh menghubungi talian khas pengguna di 0383175011, manakala pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro perusahaan di talian 0383175200,” katanya.

Sementara itu, Maybank turut menawarkan bantuan banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Maybank berkata, bantuan termasuk penangguhan pembayaran pembiayaan, pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Dalam pada itu, Kumpulan itu juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

Cabang insurans Kumpulan iaitu Etiqa telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful tanpa keperluan borang atau dokumen sokongan.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan RHB mengumumkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini melalui Flood Relief Assistance Programme yang akan tersedia mulai sekarang hingga 31 Januari 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×