ICAP adakan EGM untuk tubuh DRP 

ICAP adakan EGM untuk tubuh DRP 

TAN TENG BOO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: icapital.biz Berhad (ICAP), satu-satunya dana tertutup tersenarai di Bursa Malaysia akan melangsungkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) secara maya pada 29 Disember 2023 untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi cadangan penubuhan Pelan Pelaburan Semula Dividen (DRP).

Menurut kenyataannya, semua pemegang saham digalakkan untuk menghadiri EGM yang akan berlangsung pada pukul 10 pagi itu dan mengundi untuk menyokong DRP

Katanya, DRP bukan sahaja menyediakan saluran kepada pemegang saham untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam saham ICAP, tetapi juga menyokong matlamat utama inisiatifnya.

Jelasnya, inisiatif tersebut adalah untuk mengecilkan jurang antara harga saham ICAP dan Nilai Aset Bersih (NAB), menetapkan peringkat untuk saham berpotensi berdagang pada premium kepada NAB dana.

“DRP yang dicadangkan akan berjalan selaras dengan dasar dividen ICAP, yang digubal setelah bertahun berkerja keras dan diperkenalkan pada 29 September 2023.

“ICAP telah memperkenalkan dasar dividen ini untuk mengecilkan diskaun antara harga saham ICAP dan NAB sesahamnya secara proaktif,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, dasar dividen ICAP, yang pertama seumpamanya di peringkat global, tertakluk kepada keadaan pasaran dan ekonomi serta falsafah pelaburan nilai pelaburan ICAP.

“Ia dirumuskan iaitu Kadar Asas satu peratus daripada NAB ICAP sesaham, ditambah lapan peratus daripada perbezaan antara harga saham ICAP dan NAB.

“Tambahan lapan peratus ini dirujuk sebagai Kadar Tambah Nilai. Secara ringkasnya, dasar dividen inovatif ini terdiri daripada agregat Kadar Asas satu dan Kadar Tambah Nilai lapan peratus,” ujarnya.

Individu yang dilantik ICAP, Tan Teng Boo berkata, pihaknya menggalakkan semua pemegang saham untuk menghadiri EGM secara maya ini dan memberi kami kelulusan mereka untuk DRP.

“Kami sedia maklum bahawa majoriti pemegang saham ICAP melabur dalam saham kami kerana peningkatan modal jangka panjang. Kami mengambil berat tentang perkara ini dan ini tertanam dalam penggubalan DRP dan dasar dividen kami,” ujarnya.

Pekeliling kepada pemegang saham mengenai cadangan DRP telah disediakan di laman web Bursa Malaysia. Tarikh akhir untuk mendaftar kehadiran atau pelantikan proksi adalah sebelum

10 pagi pada Rabu, 27 Disember 2023.

Sehingga 20 Disember 2023, jumlah NAB bersih ICAP berjumlah RM494.2 juta dengan 140 juta saham terkumpul.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×