Kren e-RTG: PTP, Mitsui meterai perjanjian

Kren e-RTG: PTP, Mitsui meterai perjanjian

MAJLIS menandatangani perjanjian pemerolehan kren gantri e-RTG antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Mitsui di Johor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menandatangani perjanjian dengan Mitsui E&S Co. Ltd. (Mitsui) untuk memperoleh 48 kren gantri tayar getah elektrik (e-RTG).

Menurut PTP, perjanjian te­lah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marco Neelsen dan Pengurus Besar Jualan Mitsui, Bahagian Sistem Logistik, Atsufumi Takahashi pada Rabu lalu.

Kedua-dua pihak jelas­nya, menyatakan minat untuk mewujudkan perlindungan perkongsian jangka panjang pembelian peralatan, pengurusan inventori dan perkhidmatan selepas jualan.

Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, perjanjian mencerminkan komitmen PTP untuk mengembangkan kapasiti dan keupayaannya untuk menyo­kong pertumbuhan permintaan pelanggan.

“Pendekatan strategik PTP untuk terus meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan jejaknya, telah memberi sumbangan yang besar untuk mengekalkan kelebihan terminal dalam keadaan pasaran glo­bal yang semakin kompetitif,” katanya dalam kenyataan.

Marco pula berkata, PTP sedang melaksanakan pelbagai ini­siatif pengoptimuman di bawah Program Ipsum Magna untuk menaik taraf dan mengembangkan kemudahan terminal secara mampan melalui pembelian dan aplikasi automasi dan pendigitalan.

Katanya, kren e-RTG baharu merupakan sebahagian daripada strategi pemodenan peralatan Syarikat dan dijadualkan dihantar pada suku ketiga 2025.

“Pembelian selaras de­ngan pemacu kemampanan PTP ke arah penyahkarbonan, di mana PTP menyasarkan untuk mengurangkan 45 peratus daripada pelepasannya menjelang 2030, selaras dengan Perjanjian Paris.

“Sebanyak 85 peratus daripada armada RTG kami telah mendapat bekalan elektrik, satu inisiatif yang kami mulakan pada 2014, dan kami menyasarkan untuk mencapai kapasiti penuh menjelang awal 2024,” katanya.

Dalam pada itu, Takahashi merakamkan penghargaan ke­pada PTP dan menyatakan komitmen Mitsui untuk menye­rahkan kren e-RTG tepat pada masanya mengikut jadual yang dipersetujui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×