Aqil Naufal masih bertongkat, lambat 'serasi' kaki palsu

Aqil Naufal masih bertongkat, lambat ‘serasi’ kaki palsu

MUHAMMAD Aqil Naufal Zaharin (kiri) dibantu Abdul Mutalib Mat Desa berlatih berjalan menggunakan kaki palsu di Felda Lepar Utara 4 di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Murid orang kurang upaya (OKU yang kisahnya tular semasa menyertai acara larian 100 meter di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas di Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023, masih lagi menggunakan tongkat dalam rutin hariannya.

Kaki palsu yang disumbangkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh belum ‘serasi’ dan dia tidak begitu selesa ketika memakainya sewaktu berjalan serta keadaan mekanikal peralatan itu menyebabkan Muhammad Aqil Naufal Zaharin, 11, sukar bergerak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bapa saudara murid OKU itu, Abdul Mutalib Mat Desa, 62, berkata, Muhammad Aqil Naufal masih menggunakan tongkat ke sekolah dan di rumah kerana kaki palsu yang diterima pada awal Oktober lalu masih tidak selesa dan dia tidak mampu bergerak.

“Anak saudara saya cuma boleh menapak perlahan-lahan, dia tidak mampu mengangkat bahagian kaki palsu yang seberat 3.5 kilogram,” katanya di Felda Lepar Utara 4 di sini semalam.

Muhammad Aqil Naufal adalah pelajar Program Pendidikan Inklusif Penuh (PPI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, yang dipotong kaki kirinya ketika berusia tiga tahun pada 2015 di Hospital Pulau Pinang akibat jangkitan kuman.

Abdul Mutalib berkata, anak saudaranya juga tidak menggunakan peralatan tersebut ekoran kesukaran ke tandas ketika membuang air kerana perlu menanggalkan seluar dan duduk.

Dia berharap ada pihak yang boleh membantu memberikan tunjuk ajar dan kemahiran penggunaan kali palsu kepada anak yatim itu bagi membolehkan dia menyesuaikan peralatan serta lebih cepat serta penggunaan lebih selesa pada masa akan datang.

“Apapun, saya berterima kasih kepada Hannah Yeoh, Kementerian Pendidikan dan individu terbabit membantu anak saudara saya yang sehingga ini cukup bersemangat untuk belajar serta minat dengan sukan bola sepak walaupun masih bertongkat dalam aktiviti hariannya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Aqil Naufal mengakui agak sukar menggunakan kaki palsu kerana berat, tidak boleh membengkok ketika mengangkat, membataskan pergerakan dan tidak selesa memakainya ke sekolah dan di rumah.

“Saya masih menggunakan tongkat kerana selesa sejak berusia tiga tahun (selepas pembedahan) sehingga kini, malah tidak mengganggu pergerakan di sekolah dan ketika berada di rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×