Aideaz Integrated terima anugerah kecemerlangan BBEA 2023

Aideaz Integrated terima anugerah kecemerlangan BBEA 2023

MOHD. Saufi Mokhtar (kanan) menerima anugerah kecemerlangan BBEA 2023 daripada Ewon Benedick.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat milikan penuh bumiputera, Aideaz Integrated Sdn. Bhd. menang Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023 baru-baru ini, dalam kategori Promi­sing Brand in Advertising.

BBEA 2023 merupakan platform untuk memperkasakan kemajuan serta memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat bumiputera, perusahaan, usahawan dan personaliti di Malaysia atas pencapaian dan sumbangan mereka kepada industri.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick kepada Pengarah syarikat, Mohd. Saufi Mokhtar pada majlis gala yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mohd. Saufi berkata, kejayaan yang dicapai bukanlah milik beliau seorang tetapi hasil kerja keras semua kakitangan yang bertungkus-lumus memastikan syarikat berjaya mencapai segala sasaran yang diinginkan.

“Kejayaan ini diharapkan akan menjadi pembuka lembaran kecemerlangan Aideaz Integrated ke haluan mencapai lebih banyak lagi kejayaan-kejayaan di masa akan datang terutamanya dalam sektor pengiklanan.

“Kita tidak mahu selesa dan berpuas hati di tahap ini sahaja, malah akan terus berusaha dengan lebih gigih,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung ke arah kejayaan Aideaz Integrated sehingga ke hari ini.

“Alhamdulillah, kami sememangnya sangat-sangat bersyu­kur kerana sentiasa diberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari semua pihak termasuklah para pemegang taruh, rakan niaga, pelanggan, pembekal dan juga vendor.

“Hasil sokongan mereka adalah pencetus yang memacu Ai­deaz Integrated untuk mengapai kejayaan demi kejayaan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan”, ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×