Bursa dibuka rendah, suasana pasaran negatif

Bursa dibuka rendah, suasana pasaran negatif, kaunter rugi atasi untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini, berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di bursa serantau, kata peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI susut 0.84 mata kepada 1,455.54, daripada penutup Jumaat lalu pada 1,456.38, memetik laporan Bernama.

Indeks penanda aras dibuka 1.41 mata lebih rendah kepada 1,454.97.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mendahului untung sebanyak 150 berbanding 148, manakala 253 kaunter tidak berubah, 1,771 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 174.68 juta unit bernilai RM72.15 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong, Pak Leng menjangkakan pembelian saham tempatan akan muncul, memandangkan penilaian menarik dan sokongan berterusan daripada dana asing.

“Namun begitu, kami juga tidak menolak kemungkinan aktiviti pengambilan untung sepanjang hari.

“Di samping itu, kita boleh melihat beberapa masalah dalam sektor perladangan, kerana niaga hadapan minyak sawit mentah dijangka jatuh di bawah RM3,800 satu tan,” katanya, menurut laporan itu.

Beliau menjangkakan indeks penanda aras  akan bergerak dalam julat 1,450 hingga 1,460 hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd. (Maybank) menokok empat sen kepada RM9.04, CIMB Group Holdings Bhd menokok enam sen kepada RM5.83.

Manakala Public Bank Bhd. susut dua sen kepada RM4.30, Tenaga Nasional Bhd. susut tiga sen kepada RM9.99, dan Petronas Chemicals Group Bhd. susut lapan sen kepada RM7.12.

Bagi kaunter paling aktif, Sapura Energy Bhd. dibuka pada 4.5 sen, Fintec Global Bhd. (satu sen), Mercury Securities Group Bhd. (38 sen) dan Green Packet Bhd. (4.5 sen), semuanya tidak berubah. Sarawak Consolidated Industries Bhd. pula naik satu sen kepada 78 sen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×