Pesona kehidupan moden di Daffodil Residency

Pesona kehidupan moden di Daffodil Residency

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESKIPUN wujud pemban­da­ran pesat di Bandar Puncak Alam, Daffodil Residency berdiri megah secara strategik dengan lokasinya bertentangan dengan IJM Land Central Park yang berkeluasan 11-ekar.

Lokasi perdana ini meletak­kan pembangunan terbabit se­bagai pilihan menarik bagi mereka yang mahukan gabu­ngan antara keselesaan, kemudahan dan komuniti yang harmoni.

Mengetengahkan pesona ter­sendiri, Daffodil Residency me­rangkumkan intipati kehidupan moden, aspek yang sukar ditolak oleh pemilik kediaman kali pertama yang mahukan komuniti yang berkembang pesat.

Memeriahkan pelancaran pro­jek tersebut, IJM Land telah menganjurkan Karnival K-Wonderland. Karnival Korea yang dianjurkan bersebelahan dengan Suria Square itu menggabungkan tradisi Korea dengan kehidupan moden, sekali gus menawarkan pengalaman yang mengasyikkan kepada pengunjung.

Pengurus Besar Kanan IJM Land, Chai Kian Soon menjelaskan, peranan IJM Land dalam menyediakan bukan sahaja kediaman mampu milik, malah tawaran gaya hidup yang memupuk semangat kekitaan.

“Selama sehari, kita disediakan dengan gambaran yang bukan sahaja membabitkan tradisi di Korea Selatan, tetap juga intipati komuniti dan hubungan yang berkembang pesat. Inilah semangat yang kami mahu wujudkan di Daffodil Residency,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Daffodil Residency memenuhi keperluan penting dengan menawarkan pilihan kediaman untuk pemilik kali pertama, sama ada individu atau keluarga yang tertarik de­ngan pembangunan berterusan di kawasan itu.

“Sama seperti Karnival Korea yang meraikan tradisi dan kehidupan moden, projek yang sangat dinantikan di Alam Suria ini merangkumkan gabungan harmoni dan keselesaan. Ini juga merupakan tempat di mana pelbagai pengalaman bersatu dan menjadi komuniti rasa sangat istimewa,” tambah beliau.

HOME SPURN

Terletak secara strategik di Bandar Puncak Alam, Selangor, Daffodil Residency menawarkan tempat istirahat tenang berhampiran IJM Land Central Park seluas 11-ekar.

Dengan harga mampu milik dari RM340,000, pembangunan berkepadapataan rendah itu menawarkan 354 unit kediaman menerusi struktur bangunan 18 tingkat yang dimajukan di atas tanah berkeluasan 7.88 ekar.

Dengan menerapkan konsep pengudaraan terbuka, pemba­ngunan ini dapat memastikan pengalaman hidup yang selesa, selain dapat memupuk hubu­ngan yang damai dengan alam semula jadi.

Daffodil Residency juga terletak berhampiran dengan hab komersial Suria Square di Bandar Alam Suria. Ia menjadi pilihan ideal, terutamanya untuk pemilik rumah kali pertama.

Diilhami oleh bunga Daffodil yang melambangkan belas kasihan, ekspresi artistik, kebebasan, dan kasih sayang, kediaman ini menggabungkan reka bentuk yang lestari dan amalan yang mementingkan alam sekitar, termasuk ruang pengecasan EV.

“IJM Land berhasrat mewujudkan persekitaran hidup yang merangkumkan kualiti berpak­sikan gaya hidup. Karnival K-Wonderland di Alam Suria mempamerkan komitmen IJM Land untuk menyusun cada­ngan pembangunan gaya hidup yang unik di setiap projeknya.

“Bagi IJM Land, kediaman bukan sekadar struktur fizikal semata-mata; ia sebaliknya adalah ruang kediaman yang dinamik di mana pemiliknya berhubung, berkongsi pengalaman bermak­na dan menjalinkan ikatan berkekalan dalam perjalanan pemilikan kediaman mereka.

“Daffodil Residency menyediakan pengalaman yang boleh diakses dan bebas tekanan, membolehkan penduduk melibatkan diri dalam pembangunan yang sedang berkembang ini, seterusnya menikmati pelbagai peluang untuk bekerja, menjalani kehidupan dan bermain.

“Unit pameran Daffodil Residency kini dibuka untuk kunjungan umum, menjemput an­da untuk meneroka lambang kehidupan yang selesa,” jelas syarikat hartanah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×