Kerjaya dalam industri p-hailing patut dihormati

Kerjaya dalam industri p-hailing patut dihormati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIDER penghantaran melihat P-hailing sebagai punca pendapatan yang praktikal dan fleksibel dengan memberikan akses yang pantas kepada gaji sampingan yang adil.

Kerjaya ini menjadi lonjakan kepada industri-industri lain dan menggalakkan keusahawanan. Penyedia platform sebegini telah menyediakan peluang untuk peningkatan kemahiran, namun ia juga memerlukan bantuan kerajaan untuk meluaskan lagi skopnya untuk memberikan impak yang positif.

Impak Ekonomi Gig

Di Malaysia, ekonomi gig telah menyaksikan peningkatan yang besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terpacu dengan pandemik Covid-19, ia telah merevolusikan landskap pekerjaan, terutamanya terhadap sektor kerja-kerja ‘freelan­cing’.

Transformasi ini paling ketara apabila melihat jumlah pekerjaan p-hailing yang semakin meningkat bilangannya, sejurusnya memainkan peranan yang penting terhadap kelangsungan hidup warga Malaysia.

Menurut Unit Perancangan Ekonomi, ekonomi gig telah menggariskan impak yang men­dadak dengan penyumba­ngan hampir 7 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021. Tambahannya, sektor ini telah memberi peluang pendapatan kepada se­jumlah dua juta pekerja di Malaysia, sekaligus mengukuhkan peranannya sebagai sumber pekerjaan yang penting. Hal ini amat kritikal terutamanya semasa pandemik, apabila ia menjadi talian hayat bagi ramai yang menderita akibat kesan ekonomi Covid-19.

Mengikut tinjauan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), 7 dari 10 pekerja adalah rakan kongsi penghantaran p-hailing yang menunjukkan betapa pentingnya peranan rider terhadap ekonomi. Tinjauan yang sama juga mendedahkan hampir separuh daripada semua pekerja gig menyebut kemampanan kewangan sebagai faktor utama mereka menyertai ekonomi gig. Sebabnya agak jelas dinyatakan – iaitu kerja gig adalah sumber pendapatan terpantas dan paling fleksibel, sama ada secara sampingan atau secara sepenuh masa.

Pekerjaan rider telah diintegrasikan secara langsung dalam kehidupan orang Malaysia, memudahkan penghantaran maka­nan, barangan runcit, pakej barangan dan banyak lagi.

Berjuta-juta pesanan merentasi bandar dan pekan untuk dihantar setiap hari. Rider p-hai­ling bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pengguna tetapi juga memberi kesan signifikan terhadap perkembangan perkhidmatan quick-commerce dan perkhidmatan dalam talian.

Pekerjaan mereka telah menjadi tulang belakang ekonomi gig dan secara kesuluruhannya menguatkan ekonomi de­ngan memacu perdagangan dan penggunaan.

Di Malaysia, ekonomi gig te­lah berkembang sejak beberapa tahun dan peranan penunggang adalah penting dan kompleks. Walaupun rider melihat peluang pekerjaan ini sebagai sumber pendapatan yang mudah, ia juga didorongi oleh fleksibiliti dan akses pantas kepada gaji sam­pingan yang adil, walhal ramai yang mengkritik pekerjaan rider sebagai penghalang kepada mobiliti sosio-ekonomi. Tetapi jika kita melihat dari lensa generasi muda, mereka boleh mendapat kerja gig yang boleh menjadi batu loncatan yang mampu me­lonjakkannya kepada industri-industri lain mahupun peluang keusahawanan.

Kita harus menerima bahawa terdapat banyak laluan untuk berjaya bagi generasi anak muda Malaysia. Namun, kunci utamanya adalah dalam mengenali potensi untuk berkembang dan meningkatkan peluang kemahiran dalam sektor ini. Dalam mendalami isu ini, kami menggalakkan penunggang ka­mi untuk menerima peluang pe­ningkatan kemahiran yang sedia ada untuk kekal relevan dalam pasaran pekerjaan yang sentiasa berubah bagi mereka yang melihat pekerjaan ekonomi gig sebagai peluang pekerjaan dalam jangka masa pendek sehingga ke jangka masa yang panjang.

Komitmen Untuk Meningkatkan Kemahiran Penunggang

Selaras dengan ini, ia merupakan asas foodpanda untuk meningkatkan penglibatan rakan kongsi dengan memberikan faedah pekerja dan menyediakan peluang peningkatan kemahiran untuk mereka. Kami mengiktiraf peranan penting rider dalam ekonomi gig dan komitmen untuk meningkatkan nilai mereka di luar perkhidmatan penghantaran.

Sebagai contoh, baru-baru ini kami telah bekerjasama de­ngan Manipal International Uni­versity (MIU) untuk memberi peluang kepada rider untuk melanjutkan pelajaran ke pe­ring­kat pengajian tinggi dengan memberikan tajaan dua tahun untuk melengkapkan Diploma Pengurusan Perniagaan mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakan kongsi penghantaran kami meningkatkan kemahiran dan kelayakan yang mereka perlukan untuk memajukan kerjaya mereka.

Mengakui kepentingan untuk menguatkuasa bahasa, foodpan­da telah mengambil langkah proaktif untuk memperkasakan rider dengan kursus pendek Bahasa Inggeris. Dipanggil ‘Panda Purpose’, kursus ini direka bentuk untuk meningkatkan kemahiran literasi Bahasa Ing­geris rakan kongsi penghan­taran, dan sejurus sekali me­nambah kapabiliti dan kebolehpasaran mereka. Komitmen terhadap pendidikan bahasa dan pembangunan kemahiran ini menekankan dedikasi foodpanda kepada tenaga kerjanya serta kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya.

P-Hailing Profesional sebagai Tonggak Kebolehpercayaan

Dalam industri ini, rider sentiasa menghadapi pelbagai cabaran, dan mereka harus bertindak dengan cekap untuk mencari penyelesaian yang efisien. Rider juga cepat berfikir dan sentiasa mengutamakan pelanggan. Sebagai contoh, ramai penunggang berkongsi petua sesama mereka untuk membeli marker dan pembalut makanan untuk memastikan pesanan ditulis dengan tepat dan makanan serta minuman yang dihantar tidak ada sebarang masalah.

Kerjasama ini menjadi kunci kepada penghantaran yang berjaya. Peniaga makanan menaruh harapan kepada rider untuk menjadi tali sambungan perkhidmatan mereka, dan keupayaan mereka untuk bekerjasama dengan baik adalah kemahiran yang telah mereka asah dari semasa ke semasa.

Walaupun foodpanda dan banyak penyedia platform lain bergantung pada teknologi data terkini dan pemahaman tingkah laku pelanggan yang amat tinggi, akhirnya rakan kongsi penghantaran kami jugalah yang akan memastikan setiap pe­sanan menjadi pengalaman yang menyeronokkan untuk pelanggan kami. Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa adalah asas kerja mereka. Justeru, mereka mengendalikan perta­nyaan, menyelesaikan isu, dan sering bekerja keras untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Ekonomi gig, termasuk p-hailing, terkenal dengan landskapnya yang sentiasa berubah. Sama ada ia mengalami adaptasi baru, teknologi, atau pilihan pelanggan, rider sentiasa bersedia untuk berkhidmat. Mereka fleksibel dalam menerima perubahan dan mahir beradaptasi dalam rutin harian mereka. Keupayaan untuk cekap bertindak dalam situasi yang kian berubah adalah kemahiran yang sentiasa diperhalusi oleh rider.

Pekerja p-hailing adalah tulang belakang kepada perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan, dan terbukti sebagai perkhidmatan yang tidak boleh diketepikan di waktu-waktu genting seperti krisis pandemik Covid-19. Pada waktu itu, P-hailing telah memastikan akses kepada barangan penting dan meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Selain itu, ekonomi gig menyediakan peluang pendapatan penting untuk individu yang mencari pengaturan kerja yang fleksibel, dan menggalakkan kestabilan kewangan dan kebebasan.

Kerjaya dalam p-hailing merangkumi pelbagai kemahiran dan kualiti yang memberi kesan mendalam kepada kehidupan seharian kita. Profesional ini bukan sahaja rakan kongsi penghantaran tetapi juga merupakan penyelesai masalah, pemain pasukan, juara perkhidmatan pelanggan dan individu masyarakat yang adaptif. Sudah tiba masanya kita meraikan dan menghormati sumbangan mereka kepada masyarakat dan ekonomi kita sambil memberi mereka peluang untuk berkembang maju.

PENULIS adalah Ketua Logistik, foodpanda Malaysia – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×