Gamuda Land masuki perniagaan perhotelan

Gamuda Land masuki perniagaan perhotelan

MAJLIS pertukaran dokumen pengurusan hotel antara Gamuda Land dan Dusit Hotels and Resort di Gamuda Cove, Dengkil, semalam. – utusan/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Gamuda Land mengembangkan perniagaannya menerusi pembangunan hotel pertamanya dinamakan Hotel ASAI di perbandaran Gamuda Cove.

Ia menerusi pemeteraian perjanjian pengurusan hotel dengan Dusit Hotels and Resorts, syarikat pembangunan hotel dan hartanah terkemuka Thailand, bagi membuka Hotel ASAI Gamuda Cove yang juga hotel pertama syarikat itu di Malaysia.

Hotel bertaraf tiga bintang itu dijangka mula dibuka pada suku pertama 2026, terletak bersebelahan Paya Indah Discovery Wetlands, menawarkan penginapan sebanyak 280 bilik.

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, pembinaan hotel berkenaan membabitkan pelaburan antara RM140 juta hingga RM150 juta.

“Hotel akan menawarkan pemandangan menakjubkan buat penghuni.

“Kami memilih Dusit sebagai pengendali hotel ini kerana seperti mana kita tahu, Thailand  menawarkan pengalaman terbaik untuk pelanggan dari segi layanan dan perkhidmatan, ” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian antara Gamuda Land dengan Dusit Hotels and Resorts di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Gamuda Land diwakili Wai Lune manakala Dusit Hotels and Resorts oleh Ketua Pegawai Operasi Dusit International, Gilles Cretallaz. Ia disaksikan oleh Duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas.

Turut hadir, Naib Presiden Pembangunan Global Dusit International, Siradej Donavanik dan Ketua Pegawai Komersial Gamuda Land, Eusoffe Chua.

Mengulas lanjut, Wai Lune berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk meneroka potensi bagi membangunkan hotel di perbandaran lain pada masa akan datang.

“Ya, kami komited untuk meneroka lebih banyak peluang dengan Dusit International pada masa akan datang. Bagaimanapun, peluang ini tidak hanya terhad pada hotel, tetapi juga dilanjutkan kepada perkhidmatan kepada perbandaran kami, unit perumahan, banglo, rumah berkembar dan rumah kelab. Jadi, lebih banyak kerjasama akan terjalin selepas ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×