SKS Airways sedia ambil tindakan undang-undang

SKS Airways sedia ambil tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SKS Airways sedang mendapatkan pendapat pakar undang-undang untuk mendapatkan perintah ‘cease and desist’ kepada organisasi media tertentu berhubung kenyataan palsu dan tidak bertanggungjawab yang telah mencemarkan reputasi serta kredibiliti syarikat.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata, pihaknya berhak untuk mengambil tindakan yang perlu sekiranya pihak terbabit terus membuat atau mengulangi sebarang kenyataan fitnah terhadap SKS Airways.

Katanya, syarikat juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu termasuk ‘cybertrooper’ yang menyebarkan berita palsu di platform media sosial.

“Beberapa pihak telah dikenal pasti dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

“Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami menekankan penglibatan yang berterusan dan tepat pada masanya dengan pihak berkepentingan kami.

“Oleh itu, kami mengalu-alukan pihak berkepentingan kami untuk menghubungi syarikat bagi mendapatkan maklumat rasmi dan terkini serta kemas kini berkaitan SKS Airways,” katanya.

SKS Airways juga menjelaskan baharu `kesihatan’ kewangan syarikat itu kekal teguh.

Jelasnya, sebarang dakwaan atau sindiran yang menunjukkan bahawa SKS Airways berada dalam krisis akibat isu pembiayaan, bukan sahaja tidak berasas tetapi juga satu fitnah.

“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat individu yang memberikan maklumat yang salah kepada media dengan niat untuk memburukkan syarikat dan perniagaan kami.

“Kami tidak akan berdiam diri dan membenarkan rekaan pembohongan dan pelaporan tidak bertanggungjawab oleh media tertentu ini berterusan tanpa kawalan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×