Loob bina kilang boba bernilai RM10 juta

Loob bina kilang boba bernilai RM10 juta

pekerja mengacau doh boba atau bebola berasaskan ubi kayu di kilang dibangunkan oleh Loob dan rakan kongsinya dari China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Loob Holding, peneraju jenama teh gaya hidup serantau terkemuka, Tealive, mengumumkan kejayaan langkah strategik mereka melalui pengoperasian kilang boba atau bebola mutiara berasaskan ubi kayu berteknologi terkini bernilai RM10 juta di Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob, Bryan Loo berkata, kejayaan itu seiring dengan visi Loob serta komitmen teguh mereka terhadap kecemerlangan, transformasi dan inovasi dalam industri minuman di Malaysia dan seluruh dunia.

Beliau berkata, sebagai entiti korporat Malaysia, Loob Holding yakin dengan pelaburan semula di peringkat tempatan untuk membantu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam industri makanan dan minuman.

“Dengan sokongan rakan kongsi kami dari China, kami gembira kerana turut dapat membantu membawa masuk pelabur asing (FDI),” katanya dalam kenyataan.

Tambah Loo, kilang bebola mutiara ubi kayu seluas satu ekar di Kapar, Selangor itu adalah langkah berani ke arah merealisasikan visi tersebut.

Beliau berkata, dengan kapasiti pembuatan sebanyak 400 tan bebola mutiara sebulan, kilang itu akan menjadi antara yang terbesar di negara ini.

Katanya, ia juga menunjukkan dedikasi Tealive untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan kejayaan inovasi dalam segmen minuman.

“Misi Tealive adalah untuk mencipta pengalaman terbaik bagi semua pelanggan melalui minuman berkualiti tinggi, dengan campuran bebola mutiara. Pembinaan kilang bebola mutiara ubi kayu ini sejajar dengan usaha kami untuk mencapai kecemerlangan.

“Dengan mengawal keseluruhan proses pengeluaran, dari mendapatkan bahan terbaik hingga pengeluaran bebola mutiara ubi kayu istimewa kami, Tealive memastikan bahawa setiap minuman kami mencerminkan kesempurnaan kualiti dan rasa.

“Kami akan meneruskan pelaburan selanjutnya seperti pemasangan teknologi pembungkusan automatik sepenuhnya pada tahun depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×