Wanita berhijab seringkali mengalami masalah kulit wajah berbelang apabila kerap terdedah kepada cahaya matahari. Ini membuatkan ramai wanita bertindak memutihkan kulit muka tanpa menghiraukan kesan sampingan yang bakal berlaku.

Sebenarnya tiada masalah untuk menggunakan produk pencerahan kulit tetapi haruslah meneliti isi kandungannya agar tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.
Kulit gelap dan kusam adalah disebabkan kekurangan nutrisi yang seimbang, terdedah kepada pancaran matahari atau kerana kurangnya hidrasi serta kelembapan kulit.
5 punca gelap dan berbelang:
#01
Keturunan atau genetik
Jangan pernah berasa malu dengan kulit gelap secara keturunan kerana ia adalah anugerah. Masih terdapat cara untuk mencerahkan kulit wajah secara semula jadi.

#02
Terdedah kepada cahaya matahari
Warna kulit bergantung kepada melanin. Melanin dihasilkan sel melanocyte di bawah kulit. Ia berfungsi melindungi kulit wajah daripada sinar matahari. Melanin juga sebenarnya menentukan kulit wajah seseorang. Cerah atau gelap kulit wajah bergantung kepada kuantiti melanin tersebut. Wanita terdedah kepada cahaya matahari cenderung miliki kulit yang gelap kerana melanin di bawah kulit menjadi aktif.
#03
Kulit sensitif
Kulit sensitif tidak boleh menggunakan sebarang produk begitu sahaja. Mungkin juga kulit alah kepada habuk. Biasanya kulit jenis ini peka kepada perubahan suhu dan bahan kimia tertentu yang boleh mengganggu kesihatan kulit.
Kesan hidrasi kepada kulit adalah kekurangan air dalam badan akan mengakibatkan kulit kering dan kusam. Ini secara tidak langsung memberi kesan kulit yang lebih gelap dan tidak bermaya.
#05
Stress
Ketika stres, tubuh akan melepaskan melanocyte-stimulating hormone atau MSH. Hormon ini menghasilkan pigmen warna pada kulit sehingga pada waktu tertentu, hormon ini akan melepaskan butir melanin ke seluruh kulit sehingga kulit menjadi hitam.
Bahan asas di dapur untuk kecantikan
Madu
Tekstur lembut dan kaya dengan vitamin, mineral, anti oksida dan potassium yang bertindak melembap serta menyegarkan wajah. Madu turut berupaya memutihkan wajah dengan menyingkirkan sel kulit mati yang terdapat di permukaan luar kulit.
Kelapa
Mengandungi asid lemak tepu yang mampu melindungi kulit. Parutan kelapa membantu menyingkirkan sel kulit mati, merangsang keanjalan kulit dan memberi kelembapan.

Ais
Sifat ais yang sejuk mampu memberikan ketenangan dan kesejukan kepada kulit, selain daripada mengurangkan ketidaksamaan warna pada kulit.

Timun
Memiliki kandungan air yang tinggi, kaya dengan vitamin A, B, C serta beberapa mineral seperti mangan, silika, kalium dan magnesium. Timun memiliki sifat diuretic serta mengandungi kandungan asid caffeic dan asid askorbat yang mampu mengurangkan pembengkakan mata.










