KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, 73, yang meninggal dunia Khamis minggu lalu.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor bagi pihak Parlimen dan ahli Dewan Rakyat menzahirkan ucapan itu sebelum sesi soal jawab pagi ini.
“Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarhamah terus tabah dalam menghadapi situasi ini.
“Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah serta ditempatkan dalam kalangan orang soleh serta beriman,” katanya sebelum memulakan sesi mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Allahyarhamah Natrah dilaporkan meninggal dunia akibat kanser, pukul 9 malam di Hospital Segamat.
Allahyarhamah adalah Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat dan telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Sekijang pada Pilihan Raya Umum 2018. – UTUSAN










