Siapa dulu ijab kabul? - Utusan Malaysia

Siapa dulu ijab kabul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebelakangan ini ada ura-ura mengatakan Engku Emran sudah menemui pengganti baharu yang kini menghuni ruang hatinya.

Bila diselidik, rupa-rupanya wanita yang dikaitkan dengan ayah kepada Engku Aleesya itu adalah tidak lain tidak bukan, kakak Neelofa, Noor Nabila.

Kalau benarlah gosip yang sedang diperkatakan ini, secara peribadi Cik Bunga rasa ini adalah satu perkhabaran gembira.

Hmm…Cik Bunga tak naklah sentuh pasal pertunangan walaupun ada yang cakap kedua-duanya sudah bertunang. Takut nak cakap kalau perkara belum tahu sahih atau tidak.

Buatnya Engku Emran dan Nabila belum bertunang, macam mana? Tapi kalau ya pun dua-dua sudah bersedia untuk membina hidup bersama, Cik Bunga rasa tak payahlah bertunang, nikah sahajalah terus ye tak?

Lagipun dua-dua, sudah dua kali menduda dan menjanda, sama-sama sudah ada pengalaman. Kalau kahwin, sekurang-kurangnya tidur malam, tak lagi rasa sunyi.

Tapi kalau benarlah dakwaan itu, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapa dulu naik pelamin. Sama ada Neelofa dan Haris Ismail atau kakaknya? Yalah, Neelofa pun sebelum ini pun dicanang-canang bakal menamatkan zaman bujangnya hujung bulan ini?

Walaupun sehingga kini tiada kata putus atau pengumuman daripada pengacara popular itu namun peminat seakan tidak sabar-sabar menjadi saksi majlis wedding of the year itu.

Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman Neelofa atau Nabila. Kita doa yang baik-baik untuk mereka sekeluarga. Walaupun sentiasa menjadi bahan sindiran dan kecaman peminat namun mereka tidak berkecil hati. Biasalah, lumrah hidup sebagai selebriti kan? Gitu!

Panas sangat ke konti?

Istighfar panjang Poklip bila dengar cerita panas ini. Mana tidaknya, ada kawan Poklip meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang penyampai radio yang dikatakan sungguh tidak senonoh dalam berpakaian.

Ha, biar betul. Setahu Poklip penyampai radio kebanyakan stesen jarang menayang aset yang ada. Macam mana boleh timbul isu pakaian tidak senonoh ini? Bila kawan Poklip sebut namanya, beku kejap otak.

Rasanya kan, kalau Poklip sebut namanya pun tidak ramai yang kenal. Tak tahu dia mengendali segmen apa dan bila, cuma kalau dilihat gambar yang dimuat naik dalam Instagram. Ya ampun! Pitam pak cik.

Poklip pun tidak pasti betul ke dia menjadi penyampai radio bagi satu stesen ini cuma kalau dilihat di bio Instagramnya, memang dia letak nama stesen radio itu. Hmm, Poklip pun kurang pasti kesahihannya.

Malah, dia juga ada memuat naik gambar ketika bertugas di konti radio itu. Maka, Poklip bersangka baik sahajalah. Mungkin konti itu panas sangat sampai dia memilih untuk berpakaian sedemikian.

Mungkin sahaja dia memang jenis seorang yang alah dengan peluh? Kita tak tahu kan. Yalah, kalau dia selesa begitu, kenapa orang lain pula yang panas hati? Ada sebab kot dia berpakaian begitu.

Cuma kata kawan Poklip, tidak manis untuk anak-anak muda melihat gambar-gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya itu. Tidak selari dengan nama stesen radio itu. Entahlah, Poklip geleng kepala sahaja.

Misteri jam 1 pagi

Mesti pembaca ingat Cik Bunga nak kongsikan cerita hantu. Maaflah, kalau nak cerita hantu, anda boleh baca di muka surat lain dalam Mingguan Malaysia ini ya!

Cik Bunga sebenarnya tak sangka, sehingga ke hari ini masih ada kalangan pengarah mahupun penerbit kita yang buat kerja macam ini. Kerja macam mana tu? Ha inilah nak cerita sikit.

Nak dijadikan cerita, ada beberapa orang bakat baharu mengadu pada Cik Bunga. Mereka rasa seakan kena scam dengan beberapa nama pengarah dan penerbit drama tempatan ini semata-mata atas nama hendakkan job.

Ibaratnya, kalau nak job awak kena datang ke rumah saya pukul 1 pagi, baru boleh fokus untuk tengok dan praktis lontaran dialog atau berlakon macam mana.

Modus operandinya lebih kurang sama sahaja digunakan oleh kelompok pengarah dan penerbit ini. Cik Bunga ada senarai namanya, tapi tak naklah beritahu di sini.

Tak usahlah nak membohong, latihan berlakon apanya di keheningan pagi buta di rumah orang tu? Cik Bunga pun tak buat cerita ya. Ada segelintir bakat baharu ni yang mengadu mereka cuba dicabul oleh pengarah dan penerbit ini semasa berada di situ.

Nama pun budak baharu, naif lagi dalam industri seni, Kalau ada pengarah atau penerbit yang minta mereka datang rumah untuk bagi job, tentulah mereka fikir ia betul. Niatnya nak kerja, tapi begitu pula jadinya.

Lelaki sama lelaki itu sudah satu hal. Perangai keji macam inilah yang menjadikan industri kita terlihat jijik! Macam mana orang nak hormat kerja atau kedudukan kita kalau diri sendiri yang buat tahi.

Esok-esok, kalau orang seperti ini jatuh tersungkur ke tanah, Cik Bunga tak pelik. Sebab kifarah itu memang wujud. Tunggu sahajalah aib awak tu terbuka sendiri. Nanti Cik Bunga duduk tepi tengok sambil makan bertih jagung saja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×