BNM tidak terbabit urus niaga opsyen mata wang asing

BNM tidak terbabit urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit

opr
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan pemakluman terperinci rizab antarabangsa pada akhir September 2023, Bank Pusat itu berkata, rizab juga tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya.

Menurut BNM, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$369.4 juta (RM1,758.31 juta).

Katanya, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$17,285.5 juta (RM82,277.3 juta).

Aliran keluar jangka pendek itu termasuk pembayaran baik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan bil antara bank dalam mata wang asing Bank Negara.

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$24,097.4 juta (RM114,701.0 juta) pada akhir September 2023, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

“Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

“Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2,214.3 juta (RM10,539.8 juta) untuk tempoh 12 bulan akan datang,” jelasnya.

BNM berkata, rizab antarabangsa berdasarkan format Special Data Dissemination Standard (SDDS) termasuk aset rizab rasmi berjumlah AS$110,146.8 juta (RM524,288.0 juta), manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$1.6 juta (RM7.62 juta) pada akhir September 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×