Tamat subsidi: Pemborong, peniaga jangka harga ayam naik

Tamat subsidi: Pemborong, peniaga jangka harga ayam naik

SEORANG peniaga menyusun ayam yang diproses untuk dijual di sebuah pasar raya di Tampoi, Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan kerajaan menarik subsidi ayam bermula 1 November ini dijangka menyebabkan kenaikan harga melebihi daripada harga siling ditetapkan sebelum RM9.40 sekilogram.

Seorang pemborong ayam, Abdul Samad Muhamad Nor, 51, berkata, apabila subsidi ayam ditarik sudah tentu harga ayam di peringkat ladang hingga ke peniaga akan meningkat.

“Saya masih tidak tahu lagi berapa harga ayam tanpa subsidi boleh dijual, sudah tentu harga akan naik. Kerajaan kena pantau supaya harga ayam tidak melambung dan boleh menyusahkan pembeli,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pusat Perniagaan Taman Dahlia, di sini.

Menurutnya, pada masa ini, ayam di ladang dijual pada harga RM5.60 dan RM7.50 di kilang pemprosesan manakala di pasar RM9.50 sekilogram.

Seorang peniaga ayam, Abdul Nasir Mohd. Nor, 51, turut menjangka harga ayam akan naik ekoran keputusan kerajaan itu.

“Kami bergantung dengan harga ladang dan pemborong, sekiranya harga kekal, maka harga ayam akan kekal. Tetapi kalau harga di ladang naik, dah tak boleh nak jual harga RM9.50 sekilogram,” katanya sambil berharap kerajaan dapat mengeluarkan mekanisme dan panduan yang jelas tentang perkara itu.

Sementara itu, seorang peniaga makanan, Mairan Abdul Hamid juga menjangka harga ayam akan naik ekoran keputusan kerajaan berkenaan.

Dia yang membuka warung di Taman Perling kini menjual seketul ayam pada harga RM3.

“Kalau sudah tiada lagi subsidi dan harga naik, saya tak boleh nak jual dengan harga sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×