SNS Network, Seagate jalin kerjasama

SNS Network, Seagate jalin kerjasama sedia penyelesaian penyimpanan data perusahaan

MAJLIS pertukaran dokumen kerjasama antara SNS Network Technology Berhad dengan Seagate Technology.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembekal sistem dan penyelesaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), SNS Network Technology Berhad (SNS Network) menandatangani perjanjian dengan Seagate Technology (Seagate) untuk menyediakan penyelesaian penyimpanan data perusahaan di Malaysia.

SNS Network dalam kenyataannya berkata, melalui perjanjian baharu itu, syarikat itu akan menawarkan penyelesaian penyimpanan data perusahaan Seagate sebagai sebahagian daripada perkhidmatan dan penyelesaian ICT syarikat tersebut.

Pengarah Eksekutif SNS Network, Kelvin Pah berkata, kerjasama dengan Seagate menandakan pencapaian penting bagi SNS Group untuk meningkatkan keupayaannya sebagai penyedia sistem dan penyelesaian ICT terkemuka.

Katanya, ini bagi  menyampaikan produk dan perkhidmatan yang komprehensif kepada pelanggan sedia ada dan berpotensi daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat awam dan agensi kerajaan di Malaysia.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Seagate dalam menawarkan penyelesaian storan termaju yang berskala dan selamat untuk memenuhi permintaan pasaran yang berkembang.

“Kerjasama ini merupakan langkah monumental dalam perjalanan kami untuk menjadi penyedia penyelesaian komprehensif dalam landskap storan perusahaan dan menyediakan pasaran dengan penyelesaian storan yang inovatif dan boleh diakses,” katanya di sini semalam.

Seagate ialah peneraju global dalam penyelesaian penyimpanan data berkapasiti besar.

Portfolio sistem storan data perusahaannya diletakkan secara unik untuk membantu menyelesaikan cabaran storan yang dihadapi oleh perniagaan dalam mengurus, mengakses dan melindungi data mereka.

Ini termasuk Exos® CORVAULT™ Seagate, sistem storan blok yang boleh sembuh sendiri, berprestasi tinggi, cekap dan tahan lama.

Sementara itu, Ketua Jualan Serantau ASEAN Seagate, Joyce Lim berkata, pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan SNS Network untuk menyampaikan penyelesaian penyimpanan data perusahaan Seagate kepada perniagaan di Malaysia.

“Seagate komited untuk menyampaikan teknologi dan nilai terunggul supaya perniagaan boleh menyimpan data dengan yakin.

“Dengan pengalaman SNS Network digabungkan dengan kepakaran industri Seagate, perniagaan dapat menavigasi cabaran data mereka dengan berkesan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×