Pergolakan PKR-Amanah normal – Amirudin - Utusan Malaysia

Pergolakan PKR-Amanah normal – Amirudin

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pergolakan dalaman antara PKR dan Parti Ama­nah Negara (Amanah) berhubung isu lompat parti sehingga wujud desakan supaya mengkaji kerjasama kedua-duanya adalah perkara biasa.

Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketegangan isu seumpama itu perkara biasa dalam sesebuah gabungan dan pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri turut memaklumkan bahawa hubungan antara kedua-duanya di Selangor masih kekal utuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semangat dalam PH dan Pakatan Rakyat (PR) selama ini adalah untuk berunding dan berbincang dengan baik dalam situasi berbeza. Pada 2008, PR juga beberapa kali hampir berpecah namun kekuatan kita adalah kemampuan untuk membuat keputusan.

“Oleh demikian, PH Sela­ngor akan cuba mempertahan hubungan baik antara parti komponen dengan mengambil kira kerangka kerja secara menyeluruh,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pemimpin Ama­nah menggesa kepemimpinannya mengkaji semula kerjasama dengan PKR berikutan isu beberapa pemimpinnya dikatakan beralih memberi sokongan kepada parti berkenaan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang melompat parti lebih kepada kepenti­ngan peribadi semata-mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini