Integriti polis: Berubah atau anda akan ditukarkan!

Integriti polis: Berubah atau anda akan ditukarkan!

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
INI kali pertama pegawai kanan polis secara tegas memberi amaran keras kepada anggota bawahannya di hadapan khalayak ramai dengan menyentuh tentang isu integriti selain tidak teragak-agak menukar Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KJSJ) dan Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh Malaysia jika bersekongkol dengan sindiket jenayah.

Berikut petikan ucapan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DATUK SERI MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN pada Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia (USM), kelmarin.

 

IT’S gonna be very easy, very simple, sama ada awak berubah atau akan ditukarkan.

Saya berdiri dengan tuan puan dekat sini bukan sebagai seorang yang lebih mulia atau lebih pandai tetapi saya atas apa jua alasan, Allah SWT pilih dan amanahkan saya buat kerja ini dan saya di sini untuk lakukannya. Mudah, saya di sini untuk lakukannya.

Saya tak tahu apa yang baik, apa yang tidak baik berada di sini tetapi satu perkara penting di mana sahaja saya pergi, saya cuba lakuan terbaik dan saya move on.

Kalau awak nak terus dengan perkara baik yang saya tinggalkan, tolong buat. Apabila saya berpindah, perkara akan berubah sepertimana sebelum ini, apa yang baik, amalkan, apa yang tak baik, anda jangan buat.

Anda sanggup jual nyawa seorang lagi rakan kerana duit imbuhan yang tidak seberapa, yang dapat daripada sindiket dalam erti kata lain, dalam pasukan ini kelak ada yang membunuh antara satu sama lain disebabkan duit, sebab apa, tiada penyeliaan di bawah untuk menjaga, tengok budak-budak (pegawai) ini cara hidup dia.

Satu sarjan boleh pakai Alphard, boleh pakai Vellfire, boleh pakai Mercedes, ada anda bertanya?

Pengisytiharan harta ada buat? Benda itu semua ada dalam kita punya arahan. Sistem sudah sempurna, cuma (masalahnya) hanya kita sebab itu ada anggota pegawai di bawah penyeliaan tuan puan buat benda merapu-rapu sebab bos pun tidak ambil port.

Bukan hanya tak ambil port tetapi bos pun sama pergi beli kereta bersama, awak nombor ini, saya ambil nombor ini, pergi dengan sarjan. Ada tak? Senyap, sebab ini memang berlaku dalam pasukan.

Siapa-siapa di antara 130 KBSJD yang sedia ada di sini masih gagal mengikut apa jua arahan, anda bukan sahaja saya akan tukarkan keluar tetapi akan letakkan nota, “not recommended for any higher rank” sebab tidak layak diberikan tanggungjawab untuk menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi.

(Ini kerana) pangkat sedia ada pun tak boleh buat, jadi kenapa saya perlu cadangkan anda untuk kenaikan pangkat?

Sebab itu bekas Ketua Polis Negara (KPN), Allahyarham Tan Sri Mohd. Bakri Omar pernah berkata,, anda semua dinaikkan pangkat atau kebanyakan dari anda yang dinaikkan pangkat di tahap yang tidak wajar dinaikkan pangkat, buat keputusan tak betul, tak berani buat keputusan, nak bagi arahan tak berani, ‘bermain selamat’ sepanjang masa untuk dapatkan tempat.

PR pandai, ini satu lagi sebab PR. Jadi, dalam konteks arahan KPN, KBSJD mesti datang ke pejabat pada pukul 8 atau 9 pagi sehingga 12 malam dan jadikan ia amalan. Jika tidak berjaya, awak gagal!

Datuk, KJSJ, tugas anda untuk memantau di mana anda punya J pada masa bekerja.

Kertas siasatan diminit lebih banyak oleh IO dan SIO siasatan, level lagi atas dah kurang minit. Hangpa (anda) buat apa? Ia semacam tiada leadership, hanya pihak  bawahan yang bekerja.

Anggota tak bagi barang kemas (barang kes) kepada OCPD (untuk disimpan) pun ada dan saya tuduh anggota itu, barang kemas, SIO pun buat tak reti, dia simpan untuk dia pastu dia pergi pajak gadai sebab apa? Sebab SIO tak ambil port, J tak ambil port, dia simpan dengan dia, patut disimpan dalam peti besi OCPD sebab anda dengar sendiri dari mulut pengarah, bukan OCCI, bukan KP.

Jangan buang masa anda datang sini hanya duduk, balik, buat perangai lama. Jangan! saya cakap senang. Berubah atau anda akan ditukarkan!

BEKERJA
Saya minta anda semua bekerja, saya tidak minta duit, saya minta kerja. Saya tidak minta apa pun hanya kerja.

Kualiti, penghayatan kerja tiada. Kosong. Jiwa tiada, jiwa bukan dalam memartabatkan pasukan. Jiwa hanya untuk jaga tekak dan perut masing-masing.

Saya memerlukan pegawai yang terus mahu memajukan diri dalam ilmu kepolisian.

Kerja ada peraturan dan amalan. Ramai ikut amalan, lama-lama amalan itu jadi peraturan, walhal amalan itu salah dari sudut undang-undang, dari sudut kaedah bekerja, salah!!

Tapi amalan itu dibuat pada satu ketika dalam segala kekurangan, kita potong proses ini, proses itu dan lama-lama ia jadi amalan dan orang baharu pun tak tahu apa peraturan, lama-lama ada implikasi undang-undang sebab tiada siapa ingin merujuk balik kepada arahan. Ini apa yang berlaku, arahan sudah ada.

Kalau dulu hantar surat lambat, tetapi sekarang ini, lagi senang. Itu pun tak baca juga.

Nak juga kena panggil berkumpul, sama seperti kita buat hari ini. Jika begini, sampai bila kita nak maju?

Anda mungkin tidak pernah terlibat dalam operasi melibatkan nyawa apabila maklumat dari kiri datang lain, kanan lain, atas datang lain. Bila ada mati seorang, anda tahu tak tanggungjawab nak menghadap bini (isteri) nak bagitahu laki (suami) dia mati kena tembak disebabkan maklumat anda salah? Anda nak menghadap anak dia yang kecil-kecil itu? Anda buat.

Saya dah pernah kena (lalui) dan tidak sanggup lagi nak pergi. Sebab anda atur operasi tidak betul sebab maklumat tidak betul, anda perlu buat  keputusan, anda pergi mati.

Sebab itu saya cakap, benda semua ini pengkhianat, sebab tiada tanggungjawab, tidak faham apa itu tanggungjawab, tidak faham apa itu kerja dan sebagainya.

SEKONGKOL 
Tuan puan gah dengan nama CID tapi sumbangan kepada keselamatan negara, ketenteraman awam ‘dicabul’ hari-hari oleh tuan puan.

Sesiapa yang bersekongkol dengan sindiket, mengambil apa juga imbuhan dalam konteks bulanan tidak layak untuk bercakap tentang perihal mempertahankan agama, tiada hak untuk bercakap perihal tentang empertahankan negara. You don’t have the rights.

Tapi saya mahukan idea, saya mahukan komitmen anda, saya mahukan semangat berlawan anda, untuk bantu saya melawan hak kita.

Jangan awak balik, saya masih terima perkara yang sama. Anda perlu menjawab bukan hanya kepada saya dan tapi mungkin IG dan IGP.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×