Jika tidak warta tanah adat, Orang Asli bakal hilang tempat tinggal

Jika tidak warta tanah adat, Orang Asli bakal hilang tempat tinggal

ORANG Asli di Gua Musang, Kelantan berdepan kehilangan tempat tinggal sekiranya kawasan tanah mereka tidak diwartakan segera oleh kerajaan negeri. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di daerah ini berdepan kehilangan tempat tinggal sekiranya usaha mewartakan tanah adat di perkampungan mereka tidak dilakukan secepat mungkin oleh pihak berwajib termasuklah kerajaan negeri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemimpin Orang Asli men­dakwa, kawasan perkampu­ngan yang dihuni sejak turun-temurun semakin terdedah dengan kegia­tan pembukaan tanah kebun sa­yur sehingga menjejaskan kehidupan serta kawasan penempatan mereka.

Penghulu Kampung Jekjok di Tanah Tinggi Lojing, Jubir Sekmo berkata, sebelum ini permohonan mengenai perkara tersebut telah banyak dihantar kepada pihak berwajib termasuklah badan bu­kan kerajaan (NGO) yang mewa­kili Orang Asli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, katanya, sehingga ki­ni tiada apa-apa diterima mereka.

“Sehingga kini tidak ada satu pun tanah adat kami yang diiktiraf. Saya hendak minta perhatian daripada kerajaan negeri supaya buka mata dan dengar keluhan. Kami menghadapi bermacam ri­siko terutamanya bencana alam, tadahan air dan tanaman kita habis dimusnahkan pihak syarikat yang tidak bertanggungjawab.

“Kami minta kerajaan negeri gazetkan sempadan tanah Orang Asli dengan syarikat-syarikat ini supaya kehidupan kami sehingga ke anak cucu terjamin,” katanya.

Penghulu Kampung Jedip, Na­sir Busu pula berkata, isu penero­kaan tanah di kawasan Tanah Tinggi Lojing telah berlarutan sejak tahun 2000.

Katanya, disebabkan tanah adat mereka tidak diwartakan, ta­naman kebun mereka berdepan an­caman kemusnahan bagi tujuan pembukaan tanah.

“Jika kawasan berhampiran kami terlibat dengan pembukaan tanah, masalah utama kami ialah tanah kebun, kubur, kawasan tadahan air dan penempatan.

“Empat perkara ini kerajaan negeri kena ambil pekalah tentang apa yang dihadapi penduduk Orang Asli selama ini. Sejak dahulu hingga sekarang tidak pernah selesai masalah di kawasan kampung kami,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pe­nge­rusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah berkata, kerajaan negeri tidak prihatin dengan nasib Orang Asli negeri ini apabila mereka masih tidak memberi pengiktirafan kepada tanah adat Orang Asli.

Katanya, penerokaan tanah ber­skala besar memberi kesan kepada kelangsungan hidup Orang Asli pada masa akan datang.

“Kami percaya apabila berla­kunya penerokaan hutan secara tidak terkawal serta pembukaan ladang berskala besar akan memberi impak kepada masalah bencana alam seperti tanah runtuh, hakisan, pencemaran sungai dan ancaman kepada hidupan liar.

“Kami bukan sahaja akan kehilangan hak tanah adat tetapi juga masalah sosial dan ancaman kepada budaya cara hidup Orang Asli,” ujarnya.

Ini antara kesan yang Orang Asli dapat. Jadi saya harap agar pihak berwajib dapat melakukan sesuatu tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah Orang Asli ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×