PRK Pelangai: Peniaga kedai makan raih untung berganda

PRK Pelangai: Peniaga kedai makan raih untung berganda

SITI ZUBAIDAH Risman tidak menang tangan apabila kedai Anak Felda Chemomoi mendapat sambutan luar biasa sepanjang tempoh kempen PRK DUN Pelangai, Bentong, Pahang. – UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memberi keuntungan berganda kepada pemilik kedai makan Anak Felda Chemomoi (AFC) di sini apabila mampu meraih pendapatan sehingga RM3,000 sehari.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik AFC, Siti Zubaidah Risman, 44, berkata, pada hari-hari biasa, hasil jualan diperoleh sekitar RM1,000 sehingga RM2,000 sehari.

“Kebiasaannya, kedai saya yang dibuka seawal pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam hanya dikunjungi oleh penduduk Felda Chemomoi dan sekitar di sini.

“Sepanjang tempoh berkempen ini, pelanggan memang luar biasa sehinggakan makanan yang dijual selalu cepat habis.

“Orang ramai yang datang dari luar terutamanya petugas-petugas dari pebagai parti politik memang ramai dan kedai memang sentiasa penuh sehingga kami ‘tak menang tangan’ untuk melayan,” katanya di sini.

Siti Zubaidah berkata, walaupun ramai pelanggan luar, dia tidak mengambil kesempatan dan tetap mengekalkan harga yang sama seperti biasa.

“Namun Alhamdulillah, sam­butan yang diterima begitu menggalakkan sehinggakan ada antara pelanggan yang kecewa kerana tidak sempat menikmati juadah disediakan kerana sudah habis,” katanya.

Namun katanya, disebabkan dia hanya mampu membuat 100 keping roti canai sahaja sehari, ramai pelanggan tidak sempat menikmatinya kerana cepat habis.

“Saya buat roti canai ini menggunakan tangan dan bukan mesin sebab itu saya hanya mampu membuat 100 keping sahaja sehari. “Sebab terlalu ramai yang datang, kadang memang mereka tidak sempat nak makan roti canai. Kalau hari biasa tidaklah cepat habis kerana pelanggan hanya daripada penduduk setempat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×