Tekad bawa pulang emas tanding bahasa Inggeris di Itali

Tekad bawa pulang emas tanding bahasa Inggeris di Itali

SAIFUL Azzuan Aznam (dua dari kiri) menyerahkan mock cek bernilai RM10,000 kepada lima wakil pelajar Malaysia ke kejohanan TeenEagle Global Finals di Rom, Itali dalam satu majlis di Ipoh, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga beradik yang terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan bahasa Inggeris di Itali berazam mengharumkan nama negara dengan membawa pulang emas ke tanah air.

Tiga beradik itu, R.Usheyta dan kembarnya, R.Ushana, 13, bersama adik perempuan mereka R. Dhaniya, 10, akan menyertai pertandingan TeenEagle Global Finals di Rom, Itali bermula Ahad ini.

Dua lagi pelajar yang mewakili negara pada pertandingan itu ialah pasangan adik-beradik, VR. Sharvika, 12, dan VR. Thipikaa, 9.

Pertandingan meliputi empat kategori iaitu penulisan, kuiz pengetahuan, mengeja dan pengucapan awam dalam bahasa Inggeris yang disertai 55 negara lain.

Usheyta berkata, mereka mewakil negara selepas muncul pemenang kebangsaan pertandingan tersebut pada Disember 2022.

“Kami mahu membawa pulang emas dan anugerah khas bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

“Sebelum ini kami hanya membawa pulang satu emas dan dua perak ketika kejohanan itu berlangsung di London,” katanya di sini.

Kesemua lima pelajar tersebut menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB) sebagai pembiayaan untuk menyertai pertandingan itu.

Sementara itu, Pengurus Besar PEISB, Saiful Azzuan Aznam berkata, sumbangan berkenaan adalah inisiatif dalam memberi sokongan moral kepada pelajar yang berjaya ke pertandingan tersebut.

“Kami percaya dengan prestasi dan potensi yang ditonjolkan pelajar ini, mereka mampu melonjakkan nama negara,” katanya.

Program TeenEagle Global diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan pelajar memperoleh markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×