MN Holdings dapat kontrak RM40.1 juta bina PPU di Perak

MN Holdings dapat kontrak RM40.1 juta bina PPU di Perak

MN Holdings mampu me­lak­sanakan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif untuk projek kejuruteraan utiliti bawah tanah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar kejuru­teraan utiliti bawah tanah dan pencawang, MN Holdings Berhad memperoleh kontrak projek bernilai RM40.1 juta untuk membina rangkaian pencawang pengedaran utama (PPU) bagi pembangunan kediaman di Taman Lagenda, Teluk Intan, Perak.

Anak syarikat milik penuh Syarikat Mutu Nusantara Sdn. Bhd. telah menerima Surat Anugerah (LOA) daripada Taraf Nusantara Sdn. Bhd., anak sya­rikat milik penuh Lagenda Pro­perties Berhad yang melantik­nya untuk menjadi kontraktor bagi projek itu.

Di bawah LOA, Mutu Nusantara akan bertanggungjawab untuk reka bentuk, kejuruteraan, perolehan, fabrikasi dan pemasangan kerja-kerja sambungan kabel 33 kilovolt (KV).

Syarikat juga akan melaksanakan pembinaan, ujian, pen­tauliahan, pemantauan dan penilaian kepada PPU dua tingkat 33/11KV, dan dikaitkan de­ngan komponen utama mekanikal serta elektrik seperti suis voltan sederhana, pengubah ampere 30 megavolt dan kerja infrastruktur awam di PPU kompaun bangunan.

Projek ini akan dimulakan pada September 2023 dan dijangka siap pada September 2024.

Pengarah Urusan MN Hol­dings, Datuk Loy Siong Hay berkata, kepakaran teras syarikat dalam utiliti bawah tanah dan kejuruteraan pencawang membolehkan pihaknya menyediakan penyelesaian turnkey kepada pelanggan daripada pelbagai industri.

“MN Holdings mampu me­lak­sanakan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif untuk projek kejuruteraan utiliti bawah tanah. Pada masa sama, syarikat mampu menyediakan penyelesaian bersepadu dengan keupayaan eksekutif untuk projek kejuruteraan pencawang.

“Penambahan kontrak keju­ruteraan utiliti bawah tanah dan pencawang ini meningkatkan buku pesanan tertunggak semasa MN Holdings kepada RM365.77 juta,” katanya.

Kontrak itu dijangka me­nyum­bang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan tahun kewa­ngan 2025 serta pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh kontrak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×