Keluarga mangsa terkilan jika pesawat terhempas sebab teknikal

Keluarga mangsa terkilan jika pesawat terhempas sebab teknikal

LAPORAN awal nahas dikeluarkan Kementerian Pengangkutan mendapati faktor kesihatan diketepikan sebagai punca nahas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Bekas isteri salah seorang mangsa pesawat jenis Beechcraft Model 390, Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos lalu terkilan jika kejadian itu berlaku disebabkan masalah teknikal.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sabrina Subanrio, 43, bekas isteri Allahyarham Khairil Azwan Jamaludin, 43, berkata, ini kerana laporan awal nahas yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan mendapati faktor kesihatan diketepikan sebagai punca nahas memandangkan kedua-dua juruterbang sihat dan mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan.

SABRINA SUBANRIO

Beliau berkata, arwah bekas suaminya yang sebelum ini merupakan juruterbang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pernah memberitahu bahawa pesawat tidak akan diterbangkan selagi juruterbang tidak bersedia dari segi minda dan fizikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru saya amat percaya kedua-dua juruterbang itu dalam kondisi sihat minda dan fizikal serta tidur yang cukup sebelum menerbangkan pesawat.

“Walaupun laporan awal tidak menyentuh faktor teknikal tetapi saya mewakili waris amat terkilan sekira kemalangan pesawat itu membabitkan teknikal,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Siasatan terhadap nahas pesawat itu menolak kemungkinan kerosakan enjin dan ketidakupayaan juruterbang sebagai punca kemalangan tersebut.

Menurut laporan awal yang diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan, tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa enjin pesawat Beechcraft 390 Premier 1 telah dimasuki benda asing sebelum kemalangan berlaku.

Mengulas lanjut, Sabrina mengakui memang prosedur ketat dipatuhi pihak terlibat sebelum penerbangan dan kini dia sabar menanti laporan penuh tragedi berkenaan.

Menurutnya, kesan tragedi itu sehingga kini tidak dapat dilupakan oleh dua anaknya, Khairul Harisin, 14, dan Khairul Ikhwan, 12, yang masih lagi bersedih dan menangis teringat arwah bapa mereka.

“Lebih menyedihkan anak sulung saya, Khairul Harisin meletak gambar arwah ayahnya di katilnya kerana terlalu rindu dengan belaian kasih dan sapaan ayahnya,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia dan bekas suaminya sudah berpisah sebelum ini, namun hubungan mereka tidak terputus demi anak-anak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini