TAJUK yang amat sensitif kepada semua orang yang bergelar pemimpin termasuklah diri kita sendiri. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya terpanggil menulis artikel ini kerana tanggungjawab saya kepada masyarakat dan negara.
Setiap pemimpin sesebuah organisasi harus sedar betapa kritikalnya keupayaan Visual Communication Through Freehand (VCTF) kepada mereka dan organisasi yang dipimpin.
Salah satu faktor kurangnya daya saing sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh pemimpin kurang upaya menzahir dan menyampaikan idea-idea bernas melalui lakaran visual spontan.
Komunikasi yang kebiasaan digunakan oleh pemimpin tersebut adalah dalam bentuk lisan dan teks sahaja. Ini menyebabkan banyak salah komunikasi (miscommuncation) akan berlaku dan akhirnya merugikan organisasi tersebut.
Ramai pemimpin sesebuah organisasi tidak menyedari penggunaan lisan dan teks sahaja tidak mencukupi untuk menerangkan sesuatu idea yang kompleks. Ia memerlukan lakaran visual spontan untuk membolehkan komunikasi spontan tersebut berlaku secara efektif.

Penjelasan tentang perkara diatas boleh difahami secara mudah dengan merujuk diagram yang telah diberikan. Satu simulasi senario diwujudkan untuk memudahkan proses menerangkan keperluan VCTF kepada setiap orang yang bergelar pemimpin. Ia perlu
bermula daripada ahli lembaga pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, pengurus besar dan sehinggalah kepada pemimpin pengurusan pertengahan dan bawahan.
Dalam simulasi senario tersebut, ahli lembaga pengarah telah bersetuju dalam satu mesyuarat untuk mengarahkan ketua pegawai eksekutifnya membeli satu pasu emas.
Arahan yang dikeluarkan hanya gambaran dalam bentuk lisan dan teks sahaja. Disebabkan tiada lakaran gambaran sebenar pasu emas tersebut, maka ketua pegawai eksekutif itu membuat tafsiran mengikut kefahamannya sahaja. Maka bermulalah senario salah
komunikasi kepada setiap peringkat organisasi dalam menjayakan misi membeli pasu emas
yang diperlukan.
Ketua pegawai eksekutif memanggil ketua pegawai kewangan berbincang tentang arahan membeli pasu emas. Hal yang sama berlaku, ketua pegawai eksekutif tersebut hanya menggunakan lisan dan teks untuk menggambarkan pasu emas tersebut.
Maka ketua pegawai kewangan menggunakan kebijaksaannnya sendiri untuk menggambarkan pasu emas tersebut. Maka senario salah komunikasi terus berlarutan kepada senario seterusnya.
Arahan telah dikeluarkan oleh ketua pegawai kewangan untuk membeli pasu emas yang telah digambarkan. Satu mesyuarat telah diadakan kepada pengurusan pertengahan dan bawahan untuk menceritakan keperluan untuk mencari dan membeli pasu emas tersebut.

Cara komunikasi yang sama digunakan dimana ketua pegawai kewangan hanya menggunakan lisan dan teks untuk memberi arahan. Maka senario salah komunikasi berterusan sehingga ke peringkat bawahan.
Berdasarkan kepada diagram yang diberikan, kita sebenarnya ada pilihan untuk menjadi pemimpin yang efektif atau tidak efektif. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Pembudayaan keupayaan Visual Communication Through Freehand kepada semua kakitangan terutama pemimpin organisasi amatlah penting. Ia bertujuan untuk mengurangkan salah komunikasi yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit setiap tahun.
Malah ia boleh menjangkau ratusan jutaan ringgit jika senario salah komunikasi berlaku dalam skala yang lebih besar.Bagaimana keupayaan VCTF ini menjadi keperluan sedangkan masyarakat kita hidup di zaman digital?
Tidak dapat dinafikan penggunaan digital seperti perisian komputer memudahkan komunikasi visual. Tetapi ramai pemimpin tidak mengetahui penggunaan perisian komputer hanya sesuai untuk komunikasi visual komprehensif.
Manakala keupayaan VCTF amat sesuai digunakan dalam komunikasi visual spontan. Masyarakat kita masyarakat visual. Komunikasi efektif pada abad ini memerlukan sokongan visual untuk memudahkan proses pemahaman sesuatu perkara.
Terdapat dua jenis visual yang boleh digunakan iaitu visual digital dan visual lakaran manual. Kebiasaan visual digital dihasilkan menggunakan perisian komputer termasuk apps dan sebagainya. Kebiasaannya visual digital sesuai digunakan dalam komunikasi visual komprehensif. Ia mengambil masa untuk menghasilkannya. Manakala visual lakaran manual dihasilkan menggunakan keupayaan tangan.
Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan visual tersebut.
Kita sebagai pemimpin perlu mengorak langkah untuk menguasai keupayaan VCTF dan seterusnya membudayakan keupayaan ini kepada seluruh kakitangan organisasi yang dipimpin. Usaha ini akan memboleh komunikasi visual spontan dapat dijayakan oleh semua orang dalam organisasi tersebut. Tanggungjawab untuk menguasai keupayaan VCTF ini tidak hanya terletak kepada pemimpin sahaja tetapi semua orang wajin menguasainya jika kita ingin menjadi organisasi yang dinamik dan progresif.
Kita perlu menjadi pemimpin yang mahir berkomunikasi secara visual spontan dan memberi contoh yang baik kepada organisasi yang kita pimpin. Dalam bahasa inggeris kita akan digelar “Visual Leaders”.
Pemimpin yang mahir menggunakan lakaran visual spontan akan berupaya menjana banyak idea-idea kreatif dan inovatif. Seterusnya menyumbang kepada kemajuan organisasi yang mereka pimpin.
Adakah pemimpin mempunyai pilihan untuk tidak menguasai VCTF dalam memastikan kualiti kerja ditahap yang optima?
Sememangnya pemimpin tidak mempunyai pilihan. Keupayaan ini amat diperlukan untuk membolehkan kita menjadi “Visual Leaders” yang dinamik dan progresif. Kepada pemimpin yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang “Visual Leaders” dan kursus VCTF ini, boleh layari https://forms.gle/muf7sGRYzgx2uvJT6 atau scan QR code yang disediakan.








