Zahid, Muhyiddin berbeza

Zahid, Muhyiddin berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kes mahkamah melibatkan Timbalan Pendana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan pada Isnin, tidak boleh disamakan dengan empat kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilepas dan dibebaskan pada 14 Ogos lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr. Afif Bahardin berkata, kedua-dua kes berbeza sama sekali dan kini terdapat pihak yang dilihat cuba mengelirukan keputusan berkenaan.

“Apa beza kes Zahid dengan kes Muhyiddin? Kes Zahid telah dibuktikan adalah prima facie iaitu ada asas kes. Berbelas-belas saksi sudah dipanggil dan apa yang patut dibuat peguam-peguam Ahmad Zahid adalah tunjukkan bukti yang dia tak buat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang bezanya dia dilepaskan kerana pihak pendakwa raya atau bahasa mudahnya pihak kerajaan tidak mahu sambung (kes) sehingga hakim juga marah dan kata ini membuang masa dan duit rakyat,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Kelompok Perikatan Nasional (PN) di Pusat Asuhan Tunas Islam Ar-Raihan di sini, malam tadi.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Tambah Afif, sehingga kini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini lantang menentang rasuah masih membisu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap perkara tersebut.

Katanya, begitu juga DAP yang turut keras menentang rasuah mengeluarkan kenyataan pada tengah malam Isnin, tetapi tidak mempertikai sebaliknya hanya menuntut peguam negara memberi penjelasan.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah satu ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan dan bukan salah mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN